🎦 Individu cabut misai harimau belang untuk tuah, tangkal kini ‘diburu’


🎦 Individu cabut misai harimau belang untuk tuah, tangkal kini ‘diburu’

Difahamkan, tindakan individu tidak bertanggungjawab itu kerana percaya tinggalan daripada harimau seperti misai dan gigi mampu membawa tuah hingga ada antara mereka yang menjadikannya sebagai tangkal.

BACA https://pakdin.my/170681

IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak akan menjalankan siasatan berhubung video tular yang memaparkan tindakan individu mencabut misai harimau belang yang mati dilanggar treler di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung dekat Gopeng hari ini.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, laporan polis berkaitan kejadian itu akan dilakukan pihaknya dalam masa terdekat.

Kita akan siasat dan pegawai saya akan buat laporan polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial klip video berdurasi 24 saat, memaparkan tindakan beberapa individu mencabut misai daripada bangkai harimau belang jantan yang maut dalam kejadian awal pagi ini.

Difahamkan, tindakan individu tidak bertanggungjawab itu kerana percaya tinggalan daripada harimau seperti misai dan gigi mampu membawa tuah hingga ada antara mereka yang menjadikannya sebagai tangkal.

Sementara itu, Yusoff berkata, siasatan pihaknya di lokasi harimau belang itu dijumpai mendapati haiwan liar itu tercampak di tengah pembahagi jalan selepas dilanggar sebuah treler.

Bagaimanapun katanya, treler tersebut tidak memberhentikan kenderaannya.

“Bangkai harimau belang itu telah dialihkan ke tepi jalan oleh kakitangan PLUS yang sedang menjalankan kerja-kerja membaiki jalan.

“Hasil pemeriksaan dan penelitian pada bangkai harimau belang itu mendapati haiwan dianggarkan seberat 100 kilogram itu berusia lingkungan lapan hingga 10 tahun,” katanya.

Tambah beliau, kawasan kejadian adalah berdekatan dengan Hutan Simpan Bukit Kinta di mana harimau belang yang mati itu disyaki haiwan sama yang telah menimbulkan konflik di beberapa lokasi di sekitar kawasan tersebut.

“Perhilitan Daerah Kinta pernah menerima aduan serangan harimau belang ke atas ternakan di Kampung Jelintoh, Gopeng pada 20 Oktober lalu.

Sebagai tindakan susulan, perangkap telah dipasang pada 25 Oktober lalu di kawasan Kampung Jahang selain memasang perangkap kamera bagi memantau pergerakan haiwan tersebut,” katanya.

https://youtube.com/shorts/g9OvWvmiF5o

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma