[VIDEO] Kejadian kepala air Pertak: Mangsa kedua lemas ditemui
BACA seterusnya: https://pakdin.my/165996
HULU SELANGOR: Seorang lagi mangsa kejadian kepala air di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu di sini ditemui lemas, malam ini. Mayat wanita berusia 52 tahun yang juga warga tempatan ditemui anggota bomba jam 10.20 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata mangsa kedua itu dijumpai di celah batu pada jarak 50 meter daripada mangsa pertama.
Artikel berkaitan: https://pakdin.my/165962/
Mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua mangsa ditamatkan sepenuhnya jam 11 malam.
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian itu.
Susulan itu, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 5.30 petang.
Pada jam 6.19 petang tadi, anggota bomba berjaya menemukan mayat mangsa pertama iaitu wanita warganegara China berusia 55 tahun. Dia ditemui kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian iaitu di celah batu.
Dalam perkembangan sama, Mohamadul Ehsan berkata kedua-dua mangsa merupakan kawan dan melakukan aktiviti mandi-manda di lokasi kejadian secara berdua.
“Semasa kejadian, berlaku hujan di kawasan hulu namun tidak di tempat kejadian,” katanya.
BACA juga:
- Remaja dikhuatiri lemas selepas selamatkan rakan terjatuh dalam sungai di Pertak
- [VIDEO] BOMBA SELAMATKAN DUA LELAKI DARIPADA HANYUT AKIBAT KEPALA AIR DI PERTAK, KUALA KUBU BHARU
- [Video] Sejam berdebar atas batu terperangkap kepala air di Kuala Kubu Bharu
- Bomba Selamatkan 20 Sekeluarga Terkandas Oleh Arus Deras Di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu
- KANAK-KANAK HILANG DITEMUI BERSAMA IBU KANDUNG DI KUALA KUBU BHARU
Comments
Post a Comment