Akar umbi UMNO tidak mudah dikelirukan


Akar umbi UMNO tidak mudah dikelirukan

SUMBER: https://pakdin.my/158188 .....

Akar umbi UMNO lebih mengenali perwatakan setiap pemimpin parti dan tidak mudah dikelirukan, tegas Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

“Kami (akar umbi) sangat mengenali perwatakan setiap pemimpin parti, dari mereka yang menangi sehingga kepada mereka yang kalah dalam pertandingan parti,” bidasnya.

Beliau berkata demikian susulan daripada kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicadangkan sebagai pengerusi BN.

“Bila yang menang cakap, kami anggap ia dicakapkan dengan penuh tanggungjawab. Bila yang tak menang tu bercakap, kami dengar dengan teliti,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Terdahulu, Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran agar tidak menimbulkan masalah serta mengelirukan akar umbi parti dan rakyat.

Tengku Adnan berkata, perlembagaan UMNO sudah jelas tertera bahawa mana-mana individu yang menjadi Presiden UMNO akan dilantik sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN).

“Kenyataan Ahli Parlimen Putrajaya itu lebih untuk mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin parti yang jelas mencari-cari talian hayat dan tempat pada PRU15,” ujar Shahrir.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma