Sukan SEA 2023: Hoki wanita hadiahkan emas terakhir Malaysia


PHNOM PENH: Malaysia mengutip pingat emas terakhir dan ke-34 dalam Sukan SEA 2023 menerusi hoki padang wanita yang menumpaskan Thailand 4-1 pada perlawanan akhir, sebentar tadi.

Begitupun dalam aksi di Stadium Hoki Morodok Techo itu, skuad negara cemas seketika apabila ketinggalan 0-1 menerusi jaringan padang Natthakarn Aunjai seawal minit keempat.

Malaysia hanya memerlukan dua minit sahaja untuk mengikat kedudukan apabila Siti Nur Arfah Mohd. Nor menyempurnkan pukulan sudut penalti pada minit keenam.

Pemain pertahanan, Nuraini Abdul Rashid menggandakan jaringan buat negara pada suku kedua permainan setelah Malaysia diberikan pukulan stroke penalti oleh pengadil pada minit ke 18.

Penguasaan Malaysia semakin menonjol dan kesempatan itu digunakan sebaik mungkin apabila Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad turut melakar nama sebagai penjaring setelah menyempurnakan peluang menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke 29 untuk kedudukan menjadi 3-1.

Nur Afiqah Syahzani Azhar memastikan Malaysia semakin selesa apabila jaringannya pada minit ke 41 menerusi pukulan sudut penalti meletakkan skuad negara 4-1 di hadapan, dan kedudukan itu kekal sehingga tamat wisel permainan.





Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL