[VIDEO] Tanah runtuh, 76 individu kosongkan Akademi SPRM


[VIDEO] Tanah runtuh, 76 individu kosongkan Akademi SPRM

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163676

Lebih 70 individu di dua blok Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, di sini, diarah meninggalkan bangunan itu susulan kejadian tanah runtuh petang 25 April 2023.

Kejadian berlaku di hadapan pintu masuk bangunan akademi SPRM sehingga meruntuhkan sebuah pondok kawalan, dengan runtuhan dianggarkan membabitkan keluasan 30 x 60 meter persegi.

Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, mengesahkan kejadian itu selepas menerima panggilan mengenainya jam 1.54 petang.

Susulan itu, katanya lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul dikejarkan ke lokasi untuk membantu.

"Seramai 76 mangsa membabitkan 36 lelaki dan 40 wanita yang berada dalam dua blok bangunan di akademi itu diarahkan keluar dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya melalui satu kenyataan hari ini.


Pihak bomba juga memaklumkan semua mangsa dipindahkan ke tempat selamat dan ketika ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syabas telah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.

"Berdasarkan maklumat awal, pergerakan tanah dilaporkan masih berlaku dipercayai akibat kejadian paip pecah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL