[Video] Pembalakan punca runtuhan tanah di struktur empangan Kenyir


[Video] Pembalakan punca runtuhan tanah di struktur empangan Kenyir

 Baca seterusnya di: https://pakdin.my/155619  -

KUALA TERENGGANU: Penduduk di beberapa kampung di Mukim Tersat mendakwa aktiviti pembalakan di Bukit Rasok berhampiran Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud atau Empangan Kenyir antara punca berlakunya runtuhan tanah di struktur empangan.

Seorang penduduk, Ghazali Abd Rahman, 63, dari Kampung Jenagor, Kuala Berang berkata, aktiviti pembalakan di puncak Bukit Rasok, dihentikan sejak akhir tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, hujan lebat yang melanda sejak Sabtu lalu menyebabkan berlakunya runtuhan tebing bukit sehingga kayu balak dan sisa balak turut terjatuh ke dalam tasik dan dihanyutkan arus.

"Akibat runtuhan tebing bukit menyebabkan kayu balak dan sisa hutan turut terjatuh dan dihanyutkan arus.

"Runtuhan tanah di sebelah kanan empangan Kenyir mungkin berpunca daripada pergerakan tanah berikutan hujan lebat berterusan sehingga Isnin lalu," katanya kepada media di Kampung Jenagur, di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telemong, Datuk Rozi Mamat Mendakwa Ratusan Ribu Batang Balak Dan Sisa Hutan Dihanyutkan Arus Di Beberapa Kawasan Sekitar Tasik Kenyir Sejak Isnin Lalu.

Rozi yang juga Ketua Umno Hulu Terengganu mendesak kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan segera menyiasat kes balak dan kayu hanyut yang berlaku sejak Isnin lalu.

Mengulas lanjut, Ghazali berkata, kejadian balak dan sisa hanyut berpunca daripada runtuhan tebing bukit itu menyebabkan penduduk di beberapa kampung di Mukim Tersat berada dalam kebimbangan, terutama membabitkan keselamatan.

Katanya, sejak balak dan sisa itu dihanyutkan arus ditularkan melalui pelbagai laman sosial, belum ada pihak yang bertanggungjawab tampil untuk menjelaskan situasi sebenar.

"Pihak yang bertanggungjawab diminta menerangkan keadaan sebenar mengenai runtuhan tanah di Empangan Kenyir dan tidak menyembunyikan fakta kepada masyarakat," katanya.




BACA juga: 

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL