[Video] 'Siasat segera ratusan ribu balak hanyut di Tasik Kenyir'


[Video] 'Siasat segera ratusan ribu balak hanyut di Tasik Kenyir'

Selanjutnya di: https://pakdin.my/155436 -

KUALA BERANG: Kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan digesa segera menyiasat kes balak dan kayu hanyut yang berlaku di Tasik Kenyir sejak Isnin lalu.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat, berkata kawasan daerah Hulu Terengganu, terutama sekitar Tasik Kenyir, bukannya zon pembalakan.

Beliau mendakwa, sejak Isnin lalu, ratusan ribu batang balak dan sisa hutan dihanyutkan arus di beberapa kawasan sekitar Tasik Kenyir sejak Isnin lalu.

"Jabatan Perhutanan, kerajaan negeri dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca berlakunya kejadian itu.

"Pokok balak dikatakan tumbang dan dihanyutkan arus sehingga menyebabkan berlakunya runtuhan tebing di beberapa lokasi sekitar Tasik Kenyir," katanya kepada media hari ini.

Rozi berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan air bersih dan bakul makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Tadok, di sini, hari ini.

Rozi menegaskan yang kes balak hanyut bukannya isu politik, tetapi Jabatan Perhutanan dan kerajaan negeri serta TNB perlu menyiasat serta menjelaskan kepada rakyat.

"Beberapa kawasan di Hulu Terengganu termasuk di Tasik Kenyir bukannya zon pembalakan, tetapi agak menghairankan apabila balak dan sisa hutan tiba-tiba timbul di permukaan air akibat dihanyutkan arus," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL