[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari


[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160490/

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui selamat hanya kira-kira 1.4 Kilometer dari rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, selepas lima hari usaha pencarian dilakukan akhirnya wanita berkenaan, Painah Siwan,79, ditemui pada pukul 11.25 pagi tadi.

Katanya, wanita berkenaan yang ditemui berhampiran lopak air dalam keadaan lemah oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 900 meter dari Pusat kawalan operasi.

“Turut ditemui bersama wanita berkenaan adalah sepasang selipar dan secekak lidi daun kelapa sawit yang sudah siap diraut.

“Wanita itu kemudiannya di rujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk pemeriksaan kesihatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Sementara itu, anak mangsa, Sadiah Mohari, 42, melahirkan rasa syukur dengan penemuan ibunya itu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu sepanjang tempoh pencarian.

https://youtu.be/Av1uoRiYM40

Katanya, keyakinan ibunya akan ditemui dalam keadaan selamat serta doa yang tidak putus-putus daripada anak-anak serta penduduk kampung akhirnya termakbul.

“Syukur alhamdulilah, pagi ini kami menerima berita yang dinantikan selama enam hari dan yang paling penting ibu dalam keadaan selamat,” katanya.

Pada 10 Ogos lalu, seorang wanita warga emas dilaporkan hilang oleh anaknya kerana tidak pulang ke rumah selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi di kebun kelapa sawit di belakang rumahnya di Kampung Parit Kasih Sayang, Senggarang.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma