🎦 Jeritan kuat wanita waktu maghrib rupanya dibunuh anak sendiri

BACA di: https://pakdin.my/174125/

Jeritan minta tolong seorang wanita yang didengari jirannya merungkaikan penemuan pasangan warga emas mati dibunuh di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, di sini, hari ini.

Menurut jiran, jeritan itu dipercayai daripada wanita yang dibunuh anak lelakinya kira-kira pukul 7 malam tadi.

Katanya, pasangan yang dibunuh itu merupakan keluarga yang dikenali ramai penduduk di sini sekali gus menimbulkan suasana suram dalam kalangan penduduk.

“Saya dengar jiran dia cakap mula-mula dengar jeritan minta tolong selepas itu terus senyap, kira-kira dalam waktu maghrib (7 malam).

“Kedua-dua mangsa dengar ditemui dalam keadaan mengerikan, memang terkejut dengar kes bunuh macam ini.di sini tak pernah ada (pembunuhan)

“Dekat sini orang ramai memang kenal dengan mangsa sebab selalu datang masjid dan dia orang lama di sini,” katanya.

Difahamkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu telah membunuh ibu bapanya sekitar pukul 7 petang tadi.

SUSPEK MEMILIKI 9 REKOD JENAYAH DADAH

Tambah beliau, suspek yang berusia 40-an itu juga dipercayai merupakan bekas penagih dadah dan baru sahaja diikat jamin atas kesalahan jenayah.

Anak ketiga daripada empat adik beradik itu juga dipercayai baru sahaja diikat jamin oleh bapanya atas kesalahan jenayah, minggu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan kejadian pembunuhan membabitkan ibu dan bapa.

“Suspek adalah anak kepada mangsadan semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

SUSPEK BUNUH IBU BAPA WARGA EMAS BERJAYA DIBERKAS

Lelaki yang melarikan diri selepas dipercayai membunuh ibu dan bapanya di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala di sini malam tadi berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek berusia 42 tahun itu diberkas oleh anggota yang menjalankan operasi mengesan suspek selepas bertindak melarikan diri di kawasan belukar berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, suspek ditahan ketika bersembunyi di terowong Penchala di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur (Sprint), di sini pukul 10.30 malam.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL