[VIDEO] Terlalu lama buka ‘aircond’ dalam kereta punca 3 mati ketika tidur


[VIDEO] Terlalu lama buka ‘aircond’ dalam kereta punca 3 mati ketika tidur

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166561

BATU PAHAT – Punca kematian tiga orang termasuk seorang wanita warga Myanmar di Hentian Rehat Yong Peng malam semalam disahkan kerana tidur terlalu lama dengan penghawa dingin kereta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, hasil siasatan awal kejadian pada pukul 9.59 malam itu mendapati ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Taman Air Biru, Pasir Gudang.

Kesemua mangsa merupakan warga Myanmar yang dikenali sebagai Zaw Naing Oo, 23, Myo Htet, 25, dan Khin Mar Yee, 27.

Katanya, kereta Perodua Alza yang digunakan dipinjam dari seorang rakan di Johor Bahru dan dipercayai telah berhenti rehat seterusnya tidur dalam kereta di tempat kejadian.

“Hasil temubual daripada beberapa orang saksi, kereta mangsa didapati telah diletakkan dalam tempoh masa agak lama di Hentian Rehat Yong Peng itu. Mangsa didapati tidak bergerak namun enjin kereta dihidupkan manakala tingkap tertutup rapat serta pintu dalam keadaan berkunci,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Shahrulanuar lagi, apabila semua mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas apabila orang awam mengetuk cermin tingkap dan memanggil dari luar, mereka kemudiannya terpaksa memecahkan cermin tingkap di bahagian pemandu untuk membuka pintu kereta untuk memberikan bantuan.

Ujarnya lagi, selepas pintu berjaya dibuka didapati kesemua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tiada sebarang tindak balas diberikan.

“Selepas pemeriksaan daripada pasukan perubatan mendapati ketiga-tiga mangsa kemudiannya telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan telah dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Siasatan Mati Mengejut (SDR),” katanya.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL