Inkues Zara Qairina: Mesin basuh tidak boleh berfungsi jika Zara Qairina dimasukkan - Pakar Patologi


Pasukan peguam mewakili salah seorang remaja yang didakwa berkait kes buli Zara Qairina Mahathir hadir membawa patung ‘Jane Doe’ untuk digunakan bagi membantu pakar patologi, Dr. Jessie Hiu menunjukkan tempat kecederaan pada tubuh Zara Qairina.

Pakar patalogi Hospital Queen Elizabeth, Dr. Jessie Hiu memberitahu sebuah mesin basuh yang biasa digunakan digunakan di rumah tidak akan berfungsi dengan beban muatan seberat 53 kilogram (kg).

“Saya ada melihat mesin basuh ketika lawatan ke tempat kejadian. Ia adalah mesin basuh kegunaan rumah dan bukannya mesih basuh industri. Saya tidak memeriksa saiz drum mesin basuh tetapi dimaklumkan bahawa berat si mati (Zara Qairina) adalah lebih kurang 53kg.

“Saya tidak pasti ama ada seseorang seberat 53kg boleh dimuatkan ke dalam mesin basuh itu tetapi saya tidak fikir mesin basuh itu akan boleh berfungsi dengan beban berat sedemikian,”katanya pada hari kedua inkues bagi mencari punca kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairini Mahathir.

Pada prosiding hari ini juga, Dr Hiu turut membuat demonstrasi di dapan Koroner Amir Shah Amir Hassan bagaimana remaja itu boleh jatuh.

Pelbagai spekulasi muncul sejak kisah kematiannya tular termasuk kononnya remaja itu menemui ajalnya selepas dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Comments

Popular posts from this blog

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Politik Perkauman di Malaysia: Konteks, Isu, dan Impak

登州海滩频现海龟尸体·专家吁设特委会查死因