Timbalan Ketua Pemuda hadir mesyuarat Bersatu, BN tuntut MIC beri penjelasan


Parti MIC akan diminta memberi penjelasan kepada Barisan Nasional (BN) susulan tindakan Timbalan Ketua Pemudanya K. Kesavan hadir ke perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Armada Bersatu, semalam.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, akan memohon parti itu memberi penjelasan secara bertulis berhubung perkara itu.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata terserah kepada kepimpinan MIC untuk mengambil sebarang tindakan disiplin mengikut peraturan parti itu.

“Ini merupakan satu manifestasi yang tidak baik, tidak sepatutnya mana-mana parti gabungan BN menghantar wakil sama ada secara peribadi ataupun secara rasmi menghadiri sebarang mesyuarat dianjurkan parti di luar Kerajaan MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Motivasi Desa (MODE)@KEMAS KKDW dan Program Bakti MADANI@KPT, di sini hari ini ketika ditanya sekiranya BN akan mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap MIC ekoran kejadian itu.

Comments

  1. Jeste li u financijskoj krizi, tražite novac za pokretanje vlastitog posla ili plaćanje računa?, PLAĆAJTE KASNIJE, Zajmovi sve vrste zajmova od 5,000€ do 1,000,000€ uz nisku kamatnu stopu od 2% Prijavite se sada e-poštom na: ( paylaterloan1960@aol.com )

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Politik Perkauman di Malaysia: Konteks, Isu, dan Impak

登州海滩频现海龟尸体·专家吁设特委会查死因