Bekas laki bini ‘gila talak’ dicekup khalwat


Seorang lelaki memberi pelbagai alasan termasuk mahu berjumpa dengan anak ketika ditangkap khalwat di rumah bekas isterinya di Kempas, Johor, di sini awal pagi 4 Ogos 2025.

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu turut memberi alasan meminta bekas isterinya mencuci pakaian selain tumpang makan malam ketika dicekup pada pukul 1 pagi.

JAINJ memaklumkan, pihaknya mendapat aduan daripada orang awam tentang pasangan tersebut sebelum bergegas membuat pemeriksaan.

“Pemeriksaan penguat kuasa JAINJ menemui seorang wanita dan lelaki berusia 30-an dalam rumah sama. Hubungan mereka sebelum ini adalah suami isteri dan sudah bercerai talak satu setahun yang lalu.

“Turut ditemui dalam rumah adalah seorang anak yang sudah besar. Apabila ditanya apa tujuan datang, lelaki itu mengatakan minta tolong isteri basuh baju dan tumpang makan malam selain nak jenguk anak,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan JAINJ itu, penguat kuasa terbabit turut menasihatkan pasangan berkenaan segera menikah semula setelah dimaklumkan sering kali bertemu di rumah tersebut.

Katanya, lelaki tersebut memberitahu tidak mahu merujuk semula pada awalnya namun selepas tamat tempoh edah, mereka kembali bardamai dan kembali suka antara satu sama lain.

Tambahnya, pihaknya dimaklumkan pasangan tersebut semakin rapat dan lelaki itu dimaklumkan kerap berkunjung ke rumah bekas isterinya.

“Apabila datang ke pejabat kadi, pegawai di kata dah habis edah dan tak boleh rujuk lagi. Kalau nak nikah semula, kena buat proses biasa termasuk cari wali.

“Masalah timbul apabila lelaki berkenaan bergaduh dengan abang bekas isterinya yang sebelum ini merupakan wali bagi pihak wanita itu dan sehingga kini tidak bertegur sapa dengan abang bekas isterinya itu,” ujarnya. 

Comments

Popular posts from this blog

Tiga ADUN Perak sertai PBM tidak beri kesan kepada kerajaan Negeri

Politik Perkauman di Malaysia: Konteks, Isu, dan Impak

登州海滩频现海龟尸体·专家吁设特委会查死因