Keyakinan pendeposit “kekal utuh”
"Itu naratif yang terlalu cantik berbanding fakta yang baru terdedah."
Keyakinan pendeposit “kekal utuh”? Mari kita berhadapan dengan fakta sebenar selepas 2018 dan pengambilalihan aset oleh UJSB.
Pada 2018, kerajaan melalui UJSB “membeli” aset TH bernilai pasaran hanya kira-kira RM9.7 bilion dengan harga RM19.9 bilion. Ini bukan penyelamatan tulen, tetapi pemindahan risiko. TH diberi sukuk UJSB (Series 1 & 2) dengan kadar 4.05%–4.10%. Hasilnya? Kerugian pelaburan keseluruhan dianggarkan RM12.6 bilion (RM10 bilion “ditanggung” melalui transaksi UJSB + RM2.6 bilion rosot nilai lagi yang TH kena serap secara berperingkat hingga 2025). Tujuh daripada 14 pelaburan bermasalah hilang 100%.
Hibah? Jatuh mendadak kepada 1.25% pada 2018 (terendah dalam sejarah) selepas tahun-tahun sebelumnya diisytihar tinggi walaupun liabiliti melebihi aset. Walaupun naik sedikit ke 3.25%–3.5% kebelakangan ini, ia masih jauh di bawah tahap pra-2018 (sering 5%–6%+ bonus). Pendeposit menanggung “penyesuaian” ini.
Lebih parah, sukuk UJSB Series 1 yang matang Mei 2026 (nilai tebusan kira-kira RM12.5 bilion) tidak ditebus sepenuhnya. Hanya kira-kira RM965 juta dibayar dalam bentuk aset (tanah TRX + ladang), manakala RM11.5 bilion digulung ke sukuk baharu yang matang 2036. Bayaran tunai sebenar dari kerajaan kepada TH amat terhad (hanya ratusan juta setakat ini berbanding komitmen berbilion). RCI sendiri memberi amaran tentang risiko ini.
Amanah dan ketelusan? Jika keyakinan “tidak berganjak”, kenapa perlu RCI, kenapa defisit berbilion perlu diselamatkan dengan struktur yang masih bergantung kepada jaminan kerajaan, dan kenapa pendeposit masih menunggu cash/aset sebenar dari sukuk yang dijanjikan?
Keyakinan sebenar bukan dari kenyataan media atau temu bual terpilih. Ia dari neraca yang sihat, hibah yang mampan tanpa tipu diri, dan komitmen yang ditepati tepat pada masanya — bukan digulung lagi 10 tahun.

Comments
Post a Comment