VIDEO] Buruh binaan direman bantu siasatan kes bunuh isterI


VIDEO] Buruh binaan direman bantu siasatan kes bunuh isterI

BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/163197

DUNGUN  -- Seorang buruh binaan direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 April, bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya dengan tukul besi di Bukit Besi dekat sini, pagi semalam.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Noradila Ab Latif di Mahkamah Majistret Dungun bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna ungu tiba di mahkamah pada 8.42 pagi dengan diiringi anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi 5 April 2023, mangsa, Rubiah Sabtu, 41, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Besol di Bukit Besi, selepas dipercayai dipukul dengan tukul besi oleh suspek yang dikahwininya tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah dilapor berkata kejadian dikatakan berlaku akibat perselisihan faham antara mangsa dengan suspek yang berusia 30-an sehingga membawa kepada tragedi berkenaan.

Mangsa memiliki lapan anak iaitu tujuh orang hasil perkahwinan terdahulu dan seorang bayi berusia enam bulan hasil perkahwinan dengan suspek.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL