[VIDEO] Dua pengunjung terselamat insiden kepala air di Lata Bayu

BACA seterusnya di: pakdin.my/167123

Dua pengunjung kawasan rekreasi Air Terjun Lata Bayu ,Asam Jawa, Baling terselamat selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di kawasan itu petang semalam .

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Abd Aziz, berkata bagaimanapun salah seorang daripada mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.

Katanya menerusi kenyataan mangsa yang cedera, Nur Aliyana Naiza Abdul Halim, 22 tahun  diselamatkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dibawa ke hospital Baling untuk menerima rawatan.

Manakala seorang lagi mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan stabil.


Kejadian  kepala air  itu berlaku kira-kira pukul  4.30 petang akibat hujan berterusan di kawasan itu sejak semalam.

Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota APM Baling bersama dua ambulans bergegas ke lokasi bagi membantu mangsa sejurus menerima panggilan pada jam 4.55 petang.

Mangsa dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu datang ke kawasan rekreasi itu untuk beriadah sempena cuti umum Hari Kebangsaan semalam.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL