Tamat kontrak tanpa sebab, Saifuddin disifatkan tidak ‘gentleman’


Tamat kontrak tanpa sebab, Saifuddin disifatkan tidak ‘gentleman’

Selanjutnya di: https://pakdin.my/155729 -

Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri menyifatkan tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menamatkan kontrak mereka di kementerian itu tanpa sebarang penjelasan sebagai tidak ‘gentleman’.

Lebih menyedihkan, pemberhentian itu dibuat ketika Ahmad Idham dan keluarganya sedang dikuarantin kerana dijangkiti Covid-19.

Menurut Ahmad Idham, surat penamatan itu diperolehnya pada Isnin lepas, iaitu pada 28 Februari dan tarikh surat itu berkuat kuasa pada 23 Februari, dengan penamatan 24 jam.

“Dalam surat itu tidak dinyatakan sebarang alasan penamatan dan kami sendiri tidak tahu apa alasannya. Bagaimanapun, kami menghormati keputusan menteri terhadap penamatan ini dan selama ini kolaborasi kami bersama menteri juga adalah amat baik.

“Cuma sedikit sedih sebab surat dibuat ketika saya kuarantin. YB menteri tahu satu keluarga saya kena Covid-19," kata bekas Setiausaha Kebudayaan Kementerian Luar, Ahmad Idham mengenai isu tamat kontrak berkenaan dalam sidang media secara dalam talian, pada Jumaat.

Pada November tahun lalu, Saifuddin telah melantik Ahmad Idham yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Finas sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Datuk Seri Eizlan Yusof sebagai Perunding Kreatif di Kementerian Luar.

Sinar Harian semalam melaporkan, kedua-duanya ditamatkan kontrak dalam tempoh 24 jam, selain setiausaha sulit Saifuddin, Datuk Fizal Fauzi.

Sumber rapat dengan kementerian itu berkata, kedua-dua selebriti itu berharap mendapat peruntukan kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang di bawah tiket Bersatu.

Mereka dikatakan mempunyai aspirasi politik yang tinggi dan berharap mendapat sokongan daripada menteri berkenaan yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang.

Sementara itu, Eizlan berkata, tindakan menteri yang tidak memanggil mereka berdua untuk berbincang mengenainya sebagai tidak ‘gentleman’.

Sedangkan katanya, mereka berdua masuk ke kementerian itu secara baik dan Saifuddin seharusnya memanggil untuk berbincang sekiranya perkhidmatan mereka sudah tidak diperlukan.

“Saya buat ‘national services’ dan tidak dibayar oleh kerajaan, malah saya sendiri terpaksa keluarkan duit sendiri untuk berkhidmat dekat luar negara.

“Kami menghormati apa juga keputusan menteri, cuma apabila kita tidak dipanggil untuk berbincang dan sebagainya, ia membuatkan kita kecewa. Pada masa sama, kita tak tahu penamatan ini atas sebab apa.

“Kalau diikutkan daripada hari pertama, kita memang turut segala arahan dan menjalankan tugas masing-masing. Sebagai seorang pemimpin, kita sepatutnya bertanggungjawab ke atas apa keputusan yang dibuat,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma