[VIDEO] Gempa bumi kuat 7.3 magnitud landa Sumatera


[VIDEO] Gempa bumi kuat 7.3 magnitud landa Sumatera

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163665

MENTAWAI: Gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Richter melanda barat Pulau Sumatera, awal pagi tadi.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, kejadian gempa itu mencetuskan amaran tsunami.

Bagaimanapun, amaran tsunami yang menggesa pihak berkuasa tempatan untuk segera mengarahkan penduduk di lokasi terjejas supaya menjauhi kawasan pantai, sudah ditarik balik selepas kira-kira dua jam.

Terdahulu, Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC) melaporkan gempa bumi itu berukuran 6.9 magnitud.

Berdasarkan data BMKG, gempa itu melanda sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 84 kilometer (km).


Malah, beberapa gegaran susulan turut dikesan selepas kejadian itu termasuk satu gempa mencatatkan 5 magnitud.

Sementara itu, jurucakap agensi mitigasi bencana Indonesia, Abdul Muhari berkata, pihak berkuasa kini sedang mengumpulkan data dari pulau-pulau berhampiran pusat gempa di pantai barat Sumatera.

Katanya, gegaran kuat dirasai di ibu kota Sumatera Barat, Padang sehingga menyebabkan penduduk segera berpindah dari kawasan pantai.

Dilaporkan, beberapa kawasan di negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia turut merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi kuat itu. – REUTERS

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma