[VIDEO] MPAJ batal lesen restoran tular ‘tikus jilat ayam goreng’


[VIDEO] MPAJ batal lesen restoran tular ‘tikus jilat ayam goreng’

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161269

PETALING JAYA – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) serta-merta kepada premis yang tular terdapat seekor tikus sedang menjamah ayam goreng sebelum ini.

Yang Dipertua MPAJ, Mohd. Fauzi Mohd. Yatim berkata, tindakan tersebut selaras dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) yang telah mengeluarkan Notis Perintah Tutup pada Sabtu lalu (24 Disember 2022).

Jelas beliau, tindakan sitaan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen juga akan dijalankan sekiranya premis masih beroperasi setelah NPPL dikeluarkan.

“Permohonan lesen baru hanya akan dipertimbangkan sekiranya semua syarat terutamanya berkaitan kebersihan dipatuhi sepenuhnya.

“Pemeriksaan kebersihan premis makanan dari segi kawasan penyajian dan penyediaan makanan serta kawalan serangga perosak di premis juga dijalankan secara berkala oleh MPAJ,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Mengulas lanjut, Mohd. Fauzi berkata, berdasarkan rekod pemeriksaan lalu, penarafan kebersihan premis tersebut adalah pada Gred B bagi Jun 2021 dan terbaru adalah pada Januari 2022.

Kata beliau, MPAJ sentiasa memantau kawalan kebersihan setiap premis makanan bagi memastikan syarat-syarat dan peraturan-peraturan sentiasa dipatuhi.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma