[Video] Rumah Terbakar Ketika Keluar Solat Tarawih


[Video] Rumah Terbakar Ketika Keluar Solat Tarawih

Sumber: https://pakdin.my/158178 ..

GUA MUSANG – Hasrat seorang ibu tunggal untuk beraya bersama sembilan anak dan lebih 20 cucu tidak kesampaian apabila rumahnya musnah dalam kebakaran dipercayai akibat dipanah petir dalam kejadian di Felda Chiku 2, di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu disedari penduduk kampung selepas mangsa, Rahani Abdul Rashid, 58, bersama seorang anak bongsu dan cucunya dalam perjalanan ke masjid Felda Chiku 3 untuk menunaikan solat sunat tarawih.

Rahani memberitahu, sebelum kejadian, berlaku hujan lebat disusuli dengan dentuman petir di kampung itu dan jiran ternampak api merebak ke bahagian dinding papan hadapan rumah.

“Kami terus berpatah balik selepas jiran menelefon anak memaklumkan rumah kami telah terbakar. Sejurus sampai di rumah, kami dapati api sedang marak membakar di bahagian hadapan rumah.

“Kami tak sempat selamatkan harta benda kerana api merebak dengan cepat menyebabkan motosikal Honda Dash 125 yang berada di pekarangan rumah turut hangus,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi rumahnya di sini hari ini.

Ujar Rahani, impiannya untuk beraya di rumah itu bersama anak dan cucu pada tahun ini musnah kerana rumah itu menjadi tempat berkumpul semua ahli keluarga sejak 30 tahun lalu.

Menurutnya, susulan kejadian, dia mengalami kerugian yang dianggarkan sebanyak RM100,00 apabila rumah, perabot, peralatan elektrik dan semua kelengkapan musnah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian kebakaran rumah separa batu itu tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL