🎦 Tiga cedera ringan siling Megah Rise Mall runtuh


🎦 Tiga cedera ringan siling Megah Rise Mall runtuh

BACA seterusnya di https://pakdin.my/169260

Pengunjung pusat beli-belah Megah Rise Mall di Petaling Jaya berdepan detik cemas apabila siling depan anjung runtuh dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, tiga individu cedera ringan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa siling anjung kereta di hadapan pintu masuk Megah Rise Mall runtuh ketika angin kencang dan hujan lebat, kira-kira pukul 3 petang, mengakibatkan tiga orang cedera ringan.

“Kami sedang menyiasat punca kejadian dan mengambil tindakan segera untuk mengurus dan menangani keadaan itu," menurut pihak pengurusan Megah Rise Mall menerusi laman rasmi Facebooknya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 37 saat di media sosial yang memaparkan sebahagian siling tersebut sedang jatuh.

Kelihatan pengunjung menjerit ketakutan dan beberapa orang pengawal membantu orang ramai untuk keluar dari premis itu dan menuju ke kawasan yang lebih selamat.

Megah Rise Mall memaklumkan keutamaan mereka adalah keselamatan dan kesejahteraan pengunjung.

"Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di megahrisemall@ppb.com.my. Kami akan sentiasa memberikan maklumat terkini,” tambah kenyataan itu.



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL