Shereen raih emas acara 400M pada kejohanan NCAA, Colorado
Shereen raih emas acara 400M pada kejohanan NCAA, Colorado
BACA setrusnya di https://pakdin.my/165285
Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 400 meter (m) pada Kejohanan Trek dan Padang Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Pueblo, Colorado, hari ini.
Menurut laman sesawang kejohanan itu, https://results.leonetiming.com/?mid=5634, Shereen yang mewakili Winona State University di Minnesota berjaya merekodkan 52.74 saat (s) sekali gus mengesahkan kemenangan pingat emas di bumi "Uncle Sam" itu.
Pelari Azusa Pacific, Alayna Verner pula menduduki tempat kedua dengan catatan 52.78s manakala Corrssia Perry yang mewakili West Texas A&M pada kedudukan ketiga dengan 53.39s.
Bulan lepas, anak perempuan kepada pasangan bekas pelari trek negara, Samson Vallabouy dan Josephine Mary meleburkan rekod 400m kebangsaan berusia 30 tahun apabila berjaya mencatatkan 51.80s pada Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63 di California, Amerika Syarikat.
Beliau yang menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini juga nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menepati ramalan memenangi pingat emas acara 400m selepas merekodkan 52.53s.
Pada Mac tahun lepas, Shereen mula mencuri tumpuan apabila berjaya meleburkan rekod kebangsaan 400m dalam dewan milik Noraseela Mohd Khalid (54.58s) yang dicipta pada 2006 dengan catatan masa 53.79s.
Beliau kemudian memperbaharui rekod berkenaan dengan catatan 53.47s ketika Kejohanan Bearson Gathje Classics di Minnesota, Januari lepas sebelum sekali lagi membuat kejutan pada Kejohanan Olahraga Jemputan Lewis Illinois, Chicago dengan catatan 52.87 saat (s) pada Febuari dengan memenangi pingat emas.
Shereen kemudiannya terus menampilkan aksi terbaik apabila sekali lagi menggenggam emas pada Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II NCAA di Virginia Beach, Virginia, dengan merekodkan 52.27s pada bulan lepas.
Comments
Post a Comment