Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad


Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai - Ahmad

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165690

MARANG, 5 Jun (Bernama) -- Proses agihan kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai sepenuhnya, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata proses agihan tersebut selesai dalam tempoh sebulan selepas tiga kali perbincangan dan beliau telah menyerahkan keputusan agihan tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk dimuktamadkan.

"Presiden sama presiden akan bincang. Tunggulah... biar mereka selesaikan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera PRN 2023 Peringkat UMNO Bahagian Marang di Wakaf Tapai, di sini, hari ini.

Katanya,  BN juga telah menyenarai pendek nama-nama calon yang bakal bertanding untuk kerusi DUN Terengganu pada PRN tidak lama lagi.

VIDEO berkaitan:

https://youtu.be/ZEmsVOQjx-k

Sementara itu Ahmad, yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, menafikan laporan akhbar yang mendakwa pihaknya sudah mengumumkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, sebagai calon untuk PRN akan datang.

"Saya hanya mencadangkan sebab dia penyandang di kawasan dia. Keputusan terletak pada parti untuk menentukan... kita kata mencadangkan (bukan umum dia calon)," katanya.

Jumaat lepas, sebuah akhbar melaporkan Ahmad Razif diumum sebagai calon pertama mewakili BN untuk bertanding dalam PRN bagi mempertahankan kerusi DUN Seberang Takir.

Selain Terengganu, lima negeri lain akan mengadakan PRN iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL