Arab Saudi larang siaran solat di semua media sepanjang Ramadan

Arab Saudi mengeluarkan arahan melarang penyiaran atau penghantaran siaran solat, termasuk solat Tarawih, di semua platform media sepanjang Ramadan nanti. Arahan itu diumumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi menerusi akaun X rasminya pada Rabu, sebagai sebahagian daripada garis panduan dan arahan kepada masjid bagi persiapan bulan Ramadan pada Mac ini. "Kementerian juga menegaskan keperluan untuk menetapkan kawalan terhadap pemasangan kamera di masjid dan tidak menggunakannya untuk merakam imam serta jemaah ketika solat…," menurut kenyataan itu. Arahan itu turut menyatakan bahawa imam bertanggungjawab memberikan kebenaran kepada jemaah, mengesahkan tiada pelanggaran dilakukan mereka, mengetahui maklumat berkaitan jemaah serta mendapatkan kelulusan penaja yang sah bagi bukan warganegara Arab Saudi. Kementerian turut menekankan larangan mengumpul sumbangan kewangan bagi projek penyediaan iftar (berbuka puasa) dan lain-lain. Sekiranya terdapat p...