Posts

Showing posts from March, 2016

Banglo LGE : Sewakan RM5,000, ansuran bank RM11,000?

Image
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Jefri Salim mendakwa Phang sanggup kerugian lebih RM6,000 sewaktu menyewakan banglonya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kemudian sanggup pula menanggung kerugian jutaan ringgit lagi apabila menjualnya di bawah nilai pasaran semasa. "Didapati beliau (Phang) sewakan banglo itu sebelum ini dengan harga RM5,000 sebulan, tapi kita dapati beliau sendiri bayar ansuran bank RM11,000 lebih sebulan untuk rumah itu. "Di sini kita lihat Phang alami kerugian lebih RM6,000 sebulan, jadi kita minta polis siasat, Phang sebelum ini kata tidak ada kepentingan dengan kerajaan negeri tapi kenapa sanggup alami kerugian kalau tiada kepentingan?" katanya. Sehubungan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani, Georgetown bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap Phang Li Koon, pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn itu. Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri Pulau Pinang pula membuat laporan polis bagi membolehk...

Mengapa tak ada family Anwar Ibrahim dalam program melibatkan Mahathir? Protun & Pakatun

Image
Cuba tanya Pakatun dan Protun.. Mengapa tak ada family Anwar Ibrahim dalam program melibatkan Mahathir? Macai kata keluarga Anwar dan maafkan Mahathir.

#LGEbohong sebagai Exco Hal Ehwal Tanah tak tahu nilai tanah

Image
Sebagai Ketua Menteri dan Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah kerajaan DAP Pulau Pinang, #LGEpembohong dah jual lebin RM10bil hartanah negeri. Usah mengarut tak tahu nilai hartanah. Macai usah membodohkan diri pertahankan #LGErasuah #DAPrasuah dengan alasan dan divert mengarut.

DAP Phobia #NoSwimmingPool #LGErasuah

Image
Hahahaha DAP phobia.. Agaknya terpaksa gubal akta kerajaan tempatan halang guna iklan macam ni.

Bolehkah Doktor Gigi Khir Toyo Guna Alasan Sama Seperti Akauntan Lim Guan Eng? #LGErasuah

Image
Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas seorang Ahli Parlimen DAP yang menegaskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak mengetahui harga pasaran bagi banglonya kerana beliau seorang akauntan dan bukannya jurunilai hartanah. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menerusi beberapa kenyataannya di Twitter berkata, alasan yang digunakan oleh Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik bagi mempertahankan Guan Eng juga boleh diguna pakai oleh bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo. "Menurut Ahli Parlimen Tanjong, LGE (Lim Guan Eng) adalah seorang akauntan, bukan seorang jurunilai. "Saya mahu tanya Ahli Parlimen Tanjong, adakah Khir Toyo boleh kata beliau tidak tahu nilai rumah yang dibelinya hanya kerana beliau seorang doktor gigi?," katanya di Twitter pada Jumaat.   Terdahulu, Wei Aik yang merupakan Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang mempertahankan Guan Eng dengan mendakwa Setiausaha Agung DAP itu tidak meng...

Rekod Dunia - Pembeli dan Penjuak tak tahu niai pasaran hartanah #LGErasuah #LGEpembohong

Image
Sejarah dunia dibuat, transaksi hartanah di mana kedua-dua pembeli dan penjual mendakwa mereka tidak tahu nilai pasaran. Lawak antarabangsa ‪#‎ LGErasuah‬   ‪#‎ LGEpembohong‬

@cmlimguaneng pembohong - #LGEpembohong

Image
Selain 'pembohong' apa lain perkataan yg sesuai diguna untuk @cmlimguaneng di parlimen? Dah memang   ‪#‎ LGEpembohong‬

Protun dan Pakatun kena kencing

Image

Macai berhingus Protun tak tahu beza MV Agusta dan Agusta

Image
Kah kah kah berguling2 aku gelak budak berhingus Protun tak tau beza MV Agusta (motorsikal) dengan Agusta (Helicopter)   Ghairah nak mencaci dan mencerca tapi tak tahu hujung pangkal.   Ini lah mentaliti Protun. Maka berduyun2 lah cerdik pandai Protun like dan komen.

Polis siasat SD palsu pemilik asal banglo #LGErasuah

Image
Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Phang Li Koon, yang didakwa membuat akuan bersumpah (SD) palsu berhubung penjualan banglonya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. "Kita telah membuka kertas siasatan false declaration terhadap Phang Li Koon. "Kita akan panggil semua saksi-saksi yang terlibat termasuk Phang dan ketua menteri," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas menghadiri Majlis Peringatan Hari Polis ke-209 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jumaat. Khalid secara ringkas turut menjelaskan, Phang dan beberapa saksi yang terlibat itu akan dipanggil untuk memberi keterangan pada bila-bila masa sahaja. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan untuk menyiasat laporan oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang berhubung kandungan akuan berkanun wanita itu. Terdahulu, Setiausaha Pemuda UMNO Pulau Pinang, Irfan Zaini Taha, mendakwa yang beliau mempunyai bukti bahawa Phang mempunyai urusan perniagaan dengan ...

Ku Li nyatakan pendirian sokong kepimpinan Najib

Image
Segala persoalan mengenai pendirian sebenar Tengku Razaleigh Hamzah sama ada menyokong atau tidak kepimpinan Perdana Menteri akhirnya terjawab. Ia selepas beliau turut sama menandatangani Deklarasi Kelantan yang menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau yang juga dikenali sebagai Ku Li bersama-sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad, serta Tan Sri Annuar Musa dan pimpinan UMNO negeri itu kemudian menyerahkan deklarasi berkenaan kepada Najib. Dalam pertemuan yang dianggap sebagai cukup simbolik di bangunan Parlimen itu, mereka turut membincangkan pelbagai isu semasa rakyat Kelantan untuk dibawa pertimbangan Presiden UMNO yang juga Menteri Kewangan. Juga diutarakan soal permohonan untuk pembesaran lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa, projek lebuh raya Gua Musang ke Kota Bharu serta Stadium Sultan Mohamad IV. Sebelum ini nama Ku Li disebut-sebut turut menandatangani Deklarasi Rakyat ...

Apa yang sebenarnya Mahathir mahu?

Image
Prof James Chin adalah inaugural Director di Asia Institute, University of Tasmania. Beliau adalah seorang pakar dalam isu-isu urus tadbir di Asia Tenggara, terutama Malaysia, Indonesia dan Singapura. Beliau juga bertugas di negara-negara kepulauan di Pasifik Selatan. Pandangan beliau kerap diminta oleh agensi-agensi berita utama di seluruh dunia, termasuk The New York Times, The Financial Times, BBC World TV, CNBC dan Bloomberg. Ini adalah pandangan beliau mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam bukunya, The Lasting Shadow of Mahathir , ini yang di tulis oleh James Chin dalam bab dua ( BACA BAB PENUH DI SINI ): Mahathir ingin mewujudkan dinasti politik keluarga, dinasti Mahathir. Mahathir mahu Jambatan Bengkok idea beliau dibina hanya untuk memenangi siapa hebat atau pertandingan kiasu dengan Singapura. Dan dia marah dengan kedua-dua Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak kerana tidak dibina. Prestasi lemah UMNO dan Barisan Nasional pad...

Poll 'Save Vape' lebih banyak dari 'Save Malaysia' Protun dan Pakatun 😂

Image
Sejak dilancarkan pada Mac 4, kempen deklarasi "Save Malaysia" mempunyai lebihkurang 46 ribu tandatangan. Walau bagaimanapun, kempen deklarasi untuk mengawal dan menyelamatkan industri vape pula mempunyai lebih 49 ribu tandatangan. Oleh itu, bolehlah disimpulkan bahawa "Save Vape" adalah lebih penting daripada "Save Malaysia". Adalah jelas bahawa deklarasi "Save Malaysia" tidak mencapai matlamat seperti yang diharapkan oleh Mahathir. P.S. Rakyat sebenarnya tidak faham pun apa sebenarnya apa yang nak diselamatkan, selamatkan Malaysia daripada apa?

Saya tidak akan lupa – Tunku Ismail

Image
MUKADIMAH : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini memuatkan catatan terbaharu dalam Facebook baginda yang menyentuh mengenai krisis Perlembagaan pada tahun 1992. Walaupun tidak menyebut nama siapa yang dimaksudkan namun ia dipercayai merujuk kepada pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Berikut adalah kenyataan penuh baginda: Saya tidak akan lupa krisis Perlembagaan yang berlaku pada tahun 1992. Saya masih ingat bagaimana keluarga saya telah dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan Persekutuan. Saya masih ingat perkara-perkara seperti percubaan untuk membubarkan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, ahli Exco Johor diberitahu untuk tidak menyambut Almarhum nenda saya di lapangan terbang, bagaimana JKR telah diberitahu untuk tidak membaik pulih dan memulihara segala apa-apa yang ada di istana-istana Johor. Malah, bonda saya juga ditahan oleh Kastam Malaysia sewaktu kembali ke Johor dari Singapura. Bonda saya diarah melang...

Kerajaan DAP Pulau Pinang lanjutkan tempoh pajakan tanah Taman Manggis yang diberi hakmilik pada 2010 kepada 99 tahun pada 2015

Image
Dokumen pemberian hak-Milik rasmi tanah Kerajaan Pulau Pinang. Sekiranya pemilikan tanah tersebut tidak menjadi Isu mungkin pada April tahun ini akan dinaikkan lagi tempoh pajakan. Ada berlaku kebetulan pada tarikh dan waktu dokument tersebut dikeluarkan. Tempoh pegangan pajakan bagi tanah KLIDC Taman Manggis telah dinaikkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada tempoh maksimum yang dibenarkan 99 tahun - oleh itu ia iaka memaksimumkan nilai tanah tersebut? Untuk rekod, tanah tersebut telah diberikan kepada KLIDC pada tahun 2010. Apakah dakwaan Dato Rahman Dahlan menjadi kenyataan? Mungkin DAP Pulau Pinang akan membincangkan perkara ini dalam mesyuarat tergempar Banglo LGE sama ada malam ini atau esok. Menurut The Star, SPRM telah melawat pejabat Kerajaan Pulau Pinang pada Selasa. YAB Lim kemudian memendekkan lawatan beliau ke Hainan yang sepatutnya berakhir pada Jumaat dan tiba-tiba pulang semalam - meninggalkan seluruh kontinjen Pulau Pinang yang masih berada di Hainan. (M...

#LGEpembohong

Image
Selain 'pembohong' apa lain perkataan yg sesuai diguna untuk @cmlimguaneng di parlimen? Dah memang #LGEpembohong

Video: Menteri dedah tanah Taman Manggis diulang jual RM20 juta #LGEscandal #LGErasuah

Image
  https://youtu.be/HgXkcBYH4gk   Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mendedahkan butiran penjualan tanah di Taman Manggis kepada pihak ketiga dengan nilai harga RM20 juta di Dewan Rakyat, Rabu malam. Menurutnya, sebuah syarikat swasta membeli tanah yang sepatutnya dibina Projek Perumahan Rakyat (PPR) dari kerajaan negeri dengan harga RM11 juta namun kemudiannya dibatalkan sebelum dirancang pula projek pembinaan hospital swasta dan hotel mewah di lokasi itu. Segala pendedahan itu berdasarkan dua dokumen lengkap yang diterima pihaknya dan beliau akan menyerahkan dokumen itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan. "Saya telah dapat maklumat tentang dokumen yang menunjukkan cubaan Kuala Lumpur International Dental Centre (KLIDC) untuk menjual tanah ini kepada pihak ketiga, dokumen ini diberikan oleh pihak tertentu dengan bukti jelas semuanya ada di sini di mana KLIDC me...

Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 15 Mac 2016 meningkat

Image
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM412.3 bilion (bersamaan dengan USD96.1 bilion) pada 15 Mac 2016.Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek [1] . Meningkat sebanyak RM1.7 billion berbanding 29 Februari 2016 berjumlah RM410.5 bilion  [1] Merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, yang termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana bertajuk 'Definisi Semula Hutang Luar Negeri' dalam Buletin Suku Tahunan Mengenai Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Pertama 2014. Lihat juga: Penyata Aset & Liabiliti BNM pada 15 Mac 2016   Bank Negara Malaysia 22 Mac 2016  

India akan laksana GST pada kadar standard 17% bermula Oktober 2016

Image
India merancang melaksanakan GST pada kadar standard 17% dan 12% kepada barangan tertentu (Malaysia 0% pada barangan keperluan asas).  GST akan mula di laksanakan pada Oktober 2016.  Menurut menteri berkaitan, kutipan GST yang lebih efisyen berbanding sistem sedia ada boleh meningkatkan GDP negara India kepada 1-2% http://www.hindustantimes.com/india/hopes-to-pass-gst-bankruptcy-bill-this-budget-session-arun-jaitley/story-DDSZBmEYgnRn2F9sYgIiSK.html http://forbesindia.com/article/special/government-hopes-to-pass-gst-by-may-this-year/42667/1

Mahathir di peralatkan oleh Rafizi

Image
Sedih melihat Mahathir yang hebat diperalatkan oleh Rafizi dengan memastikan Mahathir mengikut skrip mereka! Orang seperti Lapiji boleh menggunakan dia. Bekas Negarawan sudah menjadi Alat. Sendiri meletakkan diri tak bernilai.

Standard & Poor's menurunkan prospek Hong Kong dan China daripada stabil kepada negatif - salah Najib & 1MDB?

Image
Minggu lepas, Agensi Penarafan Standard & Poor's Corp menurunkan prospek Hong Kong dan China daripada stabil kepada negatif. Yang ini DAP, Pakatun dan Protun nak salahkan siapa? Najib dan 1MDB juga? Moody Standard & Poor's Corp adalah agensi penilaian yang menyemak semula penarafan Malaysia daripada positif kepada stabil pada bulan Januari - menyebabkan sekumpulan pemimpin DAP, Pakatun dan Protun (pakar ekonomi media sosial) menuduh ini salah Najib, GST, 1MDB, dan sebagainya. Mereka senyap menikus buat tak nampak tinjauan mengatakan faktor global keadaan pasaran dan harga komoditi yang merupakan faktor dorongan utama untuk semakan baru-baru ini. sebenarnya, selain daripada Hong Kong dan China, Standard & Poor's Corp telah menurunkan penarafan pelbagai negara sejak 3 bulan lepas - Poland, Rusia, Kazakhstan, Sepanyol, Georgia, Croatia,, Saudi, Oman, Bahrain (diturunkan kepada junk!), Brazil, Costa Rica, Azerbaijan dan mempunyai banyak orang lain semua dituru...

Mahathir bercakap mengenai kebebasan akhbar.. Nak termuntah dengar.

Image
Mahathir tersenarai dalam senarai Reporters Without Borders sebagai salah seorang drpd 39 "Predators of the Press" pada tahun 2001. Antara media arus perdana yang pernah di 'ban' oleh Mahathir - The Star, Sin Chew and Watan. Majalah yang ditutup Detik dan Wasilah juga tabloid mingguan Eksklusif dan sumbat editor ke penjara dibawah ISA dan Sedition Act. --- Winner: World's Top Ten Enemies of the Press 2001 Ayatollah Ali Khamenei Iran Jiang Zemin of China Charles Taylor of Liberia Robert Mugabe of Zimbabwe, Vladimir Putin of Russia, Colombian paramilitary leader Carlos Castaño. Ukrainian president Leonid Kuchma President Fidel Castro of Cuba President Zine Al-Abdine Ben Ali of Tunisia Mahathir Mohamad (listed for three years straight). Winner: World's Top Ten Enemies of the Press 2000 Sierra Leone's Foday Sankoh, Iran's Ayatollah Ali Khamenei Yugoslavia's Slobodan Milosevic Kazakhstan president Nursultan Nazarbay...

Mahathir menghasut dengan membayangkan dia akan ditangkap dibawah Akta MKN

Image
Lagi pembohongan dari Mahathir - Konon akan ditangkap dibawah Akta MKN. 1) Rang undang-undang MKN masih belum diwartakan lagi. Selepas akta tersebut diwartakan, maka majlis MKN masih perlu mengisytiharkan darurat bagi sesuatu kawasan tertentu sebelum boleh membuat tangkapan menggunakan akta berkenaan. Ianya lebih kepada menghalang pencerobohan seperti yang berlaku di Lahad Datu. Sebelum ini seluruh negara sudah di bawah Ordinan Darurat selama 22 tahun dibawah Mahathir yang boleh menangkap dan memenjarakan siapa sahaja atas arahan Menteri Dalam Negeri bila-bila masa dan dimana-mana. Ordinan Darurat tersebut telah dimansuhkan oleh Perdana Menteri Najib Razak. 2) Rakan Mahathir, Matthias Chang dan Khairuddin juga ditangkap dan ditahan di bawah SOSMA. Ketika itu bil MKN belum dibentangkan lagi. 3) Jika Kerajaan sekarang zalim, mereka boleh meluluskan undang-undang ISA seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan sebelum ini. Tetapi NAJIB tidak pernah menggunaka...

Lelaki ditemui mati tergantung di Apartment Dahlia, Bukit Beruntung

Image
Mayat lelaki ditemui tergantung di Apartment Dahlia ditemui jam 11:00 pagi tadi dipercayai membunuh diri. Mayat tergantung di tingkat 3 apartment berkenaan diturunkan dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Bukit Beruntung. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Setakat ini kematuan di klasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Support our PM Najib Razak – Sign the Petition!

Image
https://www.change.org/p/najib-pmo-gov-my-support-our-pm-najib-razak#petition-letter BAHAWASANYA, pada 5hb Mei 2013, BARISAN NASIONAL di bawah pimpinan Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak telah memenangi Pilihanraya Umum Ke-13 dengan majoriti kerusi 133 kerusi Parlimen di Dewan Rakyat. SESUNGGUHNYA, pada 6hb Mei 2013, Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia di hadapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj Ibni AlMarhum Sultan Badlishah Al-Haj. Semenjak daripada itu, Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak telah menjalankan amanah dan tanggung jawab sebagai Perdana Menteri serta Kerajaan di bawah pimpinan beliau telah bersungguh-sungguh berkhidmat demi kesejahteraan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa ataupun agama. Kebelakangan ini, terdapat tindakan, langkah dan gerakan-gerakan untuk menjatuhkan ...

Pembaharuan BNM Letakkan Malaysia Di Kedudukan Kukuh

Image
Pakatun dan Protun mesti baca ini. Hari-hari kata ekonomi Malaysia dah teruk sangat sebab Najib dan 1MDB. Cakap pakar semua tak boleh pakai, yang boleh pakai cakap pakar ekonomi media sosial protun dan pakatun. Mak cik jual karipap pun malas nak dengar temberang Pakatun dan Protun Pembaharuan kewangan pelbagai yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengukuhkan institusi kewangan telah meletakkan Malaysia di platform yang kukuh sehingga membolehkan ekonominya kekal stabil meskipun berlaku ketidaktentuan luaran. "Jika tidak, kita akan sangat mudah terjejas (dengan keadaan yang tidak menentu), seperti kejatuhan harga minyak mentah. Jika kita tidak mempunyai dasar untuk mengukuhkan institusi kewangan kita, maka, kita akan berada dalam keadaan yang amat sukar," kata Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Oleh itu, Kadar Dasar Semalaman (OPR) semasa pada 3.25 peratus kekal menyokong ekonomi dan terasnya, kata beliau ketika ditanya mengenai kep...

Menikus Semasa Tokong Lim Guan Eng Pecat 2 ADUN PKR, Menyalak Bila Mahathir Di Lucutkan Penasihat Petronas

Image
2 orang ni menikus masa Tokong Lim Guan Eng pecat 2 ADUN PKR dari anak syarikat kerajaan DAP Pulau Pinang. Dengan DAP selain dari chauvinist cina automatik jadi bangang dan jadi lembu. #pakatanhipokrit Ada kata habislah Petronas, Tun tak lagi jadi Penasihat. Sebenarnya yang komen ni tak tahu apa benda pun. Jawatan Penasihat tidak ada apa-apa kuasa eksekutif. Tidak ada kuasa untuk membuat keputusan apa-apa pun. Cuma menghabiskan duit korporat membayar gaji/elaun Kuasa tertinggi bagi mana-mana badan korporat adalah terletak di dalam tangan Lembaga Pengarah. Setiap ahli lembaga pengarah pula ada tanggungjawab "fiduciary" nya. Penasihat, tanggungjawab "fiduciary" pun tak ada. Kalau tak faham, pergilah tanya kawan-kawan yang seorang peguam apa dia tanggungjawab "fiduciary" itu. Jawatan penasihat ini di beri hanya jawatan kehormat agar syarikat tersebut boleh menyediakan kemudahan "perks and privileges" berprestij selaras dengan kedudukan...

Mahathir Dan Keluarga Dah Tak Boleh Guna Jet Eksekutif Petronas Balik Kedah Beli Popiah

Image
Tak boleh lah lagi Mahathir nak guna jet eksekutif khas Petronas untuk balik kedah semata-mata nak beli popiah. Saya baca banyak komen tentang jawatan Penasihat Petronas dan MAS. Ada kata habislah Petronas, Tun tak lagi jadi Penasihat. Pak Lah jadi Penasihat MAS sampai MAS bankrap. Sebenarnya yang komen ni tak tahu apa benda pun. Jawatan Penasihat tidak ada apa-apa kuasa eksekutif. Tidak ada kuasa untuk membuat keputusan apa-apa pun. Kuasa tertinggi bagi mana-mana badan korporat adalah terletak di dalam tangan Lembaga Pengarah. Setiap ahli lembaga pengarah pula ada tanggungjawab "fiduciary" nya. Penasihat, tanggungjawab "fiduciary" pun tak ada. Kalau tak faham, pergilah tanya kawan-kawan yang seorang peguam apa dia tanggungjawab "fiduciary" itu. Jawatan penasihat ini di beri hanya jawatan kehormat agar syarikat tersebut boleh menyediakan kemudahan "perks and privileges" berprestij selaras dengan kedudukan mereka sebagai mantan Perdana Mente...

Deklarasi Sepuluh Ringgit

Image
Deklarasi RM10. Nak kelabu mata penganut Pakatun dan Protun. Sebenarnya berbillionboleh dibelanjakan oleh bekas kroni Mahathir dan berjuta dah dibelanjakan untuk Kelab Anti Najib.

Lim Kit Siang Gila Babi Atau Protun Babi Gila

Image
Minggu lepas Lim Kit Siang dengan Mahathir kata "Save Malaysia", turunkan Najib. Sekarang Lim Kit Siang kata "Save Malaysia" mesti bekerjasama dengan Najib. Wahai Mahathir dan penyokong, saya rasa anda telah ditikam belakang (bukan tikam 4 cm, lebih lagi). Malulah Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz. Terdesak sangat nak dipergunakan oleh DAP / PKR. Sekarang ditendang macam itu saja. Tolonglah hentikan kerja GILA!  Apa nak jadi lah dengan Protun dan Pakatun. http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/to-save-malaysia-kit-siang-says-even-willing-to-work-with-najib

YTL bayar berjuta buat konsert khas Luciano Pavarotti untuk bapa kroni mereka Mahathir

Image
YTL bayar berjuta buat konsert khas Luciano Pavarotti untuk bapa kroni mereka Mahathir YTL punyalah nak bodek Dr Mahathir kerana memberikan kekayaan kepada mereka, bawa masuk Luciano Pavarotti dan penyanyi-penyanyi opera yang termashyur yang bayarannya mencecah jutaan ringgit. Kalau DS Najib hadir konsert musik opera yang di anjurkan oleh seorang kroni, entah apa yang di sembur oleh SSTDM dan yang sekutu dengannya. Masa tu puak ProTun berhingus lagi http://library.perdana.org.my/Digital_Content/Prominent_Leaders/Mahathir/News_1968-2004/1996-1998/1997aj/classical%20treat%20to%20mnd%20anniversary.pdf

Raja Bomoh Selamatkan Anwar Dari Hantu Raya

Image

Bila Rafizi nak saman KWSP, Tabung Haji dan lain lain - Temberang

Image
Bila Sotong nak saman? Derma dah kutip. Tembirang punya orang