Mahathir, Kit Siang bersama bincang 'isu-isu nasional' atau bincang jangan ganggu keluarga beliau sekiranya Pakatan memerintah?

Lim Kit Siang mengakui dia telah bertemu dengan Mahathir. Saya tertanya-tanya sama ada Lim juga bertemu "rekrut baru" yang seorang lagi, Muhyiddin Yassin?

Lim Kit Siang.... ada atau tidak gambar wefies dari mesyuarat dengan Mahathir?



Pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang hari ini mengakui bahawa beliau telah berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan isu-isu negara dan mereka mencapai perkembangan yang menggalakkan bagi menyelesaikan masalah negara.

Ini timbul ketika spekulasi bertiup kencang bahawa Mahathir selepas mengisytiharkan dirinya keluar Umno semalam, kini menerajui gerakan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Najib Razak.

"Saya telah jumpa dan bincang dengan Dr Mahathir mengenai keadaan negara pada masa ini dan juga dengan Zaid Ibrahim mengenai inisiatif 27 Mac anjurannya itu," kata Lim pada ucapannya sempena pemukiman ahli majlis DAP di Selangor, hari ini.

Tanpa mengulas lanjut, beliau berkata, DAP akan menyokong segala usaha 'Selamatkan Malaysia' berbanding kempen untuk hanya 'Selamatkan Najib' atau 'Selamatkan Umno'.

Pada April 2015 atau sebelum Pakatan Rakyat berkubur, Lim menggesa semua rakyat negara yang sealiran fikiran termasuk Mahathir untuk bekerjasama dalam agenda 'Selamatkan Malaysia'.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL