Harga Bawang Merah Di Jakarta Melambung Sehingga RM12 Satu Kilogram

Harga runcit bawang merah dilaporkan semakin naik di Indonesia sejak awal Februari dan melambung sehingga Rupiah 35,000 (kira-kira RM12) satu kilogram (kg) di pasaran pada Selasa.

Sebelum ini, harga runcit bawang merah bagi satu kg sekitar Rupiah 12,000 (kira-kira RM3.50).

Kenaikan harga yang luar biasa itu telah menimbulkan kegelisahan para pengguna di ibu kota kerana ia boleh mengakibatkan kenaikan harga makanan di gerai dan restoran.

Media-media tempatan memetik Ketua Pengarah Hortikultura Kementerian Pertanian, Spudnik Sujono sebagai berkata, kerajaan menyedari harga bawang itu melambung dalam dua minggu terakhir ini.

Katanya, kenaikan harga itu mungkin disengajakan oleh pihak tertentu yang mahu menguasai pasaran dengan menahan stok supaya permintaan menjadi tinggi.

Beliau berkata, perbuatan itu adalah tidak wajar memandangkan pengeluaran bawang masih banyak.

"Ada yang sengaja tahan stok di gudang. Barangnya ada di lapangan, tapi harganya naik terus, mereka sengaja tahan stok buat kendalikan harga. Saya tahu kerana rutin saya periksa langsung di lapangan," katanya kepada pemberita tempatan di Pasar Minggu di sini hari ini.

Spudnik berkata, pihaknya mempunyai bukti terdapat sindiket menahan stok bawang merah itu walaupun mereka memberitahu bekalan mengalami masalah atas alasan cuasa berikutan hujan lebat di daerah sekitar Jakarta.

Katanya, alasan itu tidak benar kerana sebagai contohnya bekalan ke daerah Brebes mempunyai lebihan apabila stok bawang merah yang dibawa dari Cirebon ke kawasan itu sebenarnya melebihi permintaan.

"Jangan cari untung dengan cara demikian di tengah masalah musim hujan mereka tahan stok atau dikeluarkan sedikit-sedikit, daripada misalnya biasanya 20-25 trak sehari ke pasar induk, jadi 15 trak sahaja, ini yang ganggu harga," kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma