Mahathir Dan Keluarga Dah Tak Boleh Guna Jet Eksekutif Petronas Balik Kedah Beli Popiah
Tak boleh lah lagi Mahathir nak guna jet eksekutif khas Petronas untuk balik kedah semata-mata nak beli popiah.
Saya baca banyak komen tentang jawatan Penasihat Petronas dan MAS.
Ada kata habislah Petronas, Tun tak lagi jadi Penasihat.
Pak Lah jadi Penasihat MAS sampai MAS bankrap.
Sebenarnya yang komen ni tak tahu apa benda pun.
Jawatan Penasihat tidak ada apa-apa kuasa eksekutif. Tidak ada kuasa untuk membuat keputusan apa-apa pun.
Kuasa tertinggi bagi mana-mana badan korporat adalah terletak di dalam tangan Lembaga Pengarah.
Setiap ahli lembaga pengarah pula ada tanggungjawab "fiduciary" nya. Penasihat, tanggungjawab "fiduciary" pun tak ada.
Kalau tak faham, pergilah tanya kawan-kawan yang seorang peguam apa dia tanggungjawab "fiduciary" itu.
Jawatan penasihat ini di beri hanya jawatan kehormat agar syarikat tersebut boleh menyediakan kemudahan "perks and privileges" berprestij selaras dengan kedudukan mereka sebagai mantan Perdana Menteri.
Kalau Penasihat beri nasihat tetapi di tolak oleh Lembaga Pengarah, Penasihat tidak boleh buat apa-apa pun.
Kalau nak komen, berpengetahuanlah sikit.
Comments
Post a Comment