Banglo LGE : Sewakan RM5,000, ansuran bank RM11,000?

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Jefri Salim mendakwa Phang sanggup kerugian lebih RM6,000 sewaktu menyewakan banglonya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan kemudian sanggup pula menanggung kerugian jutaan ringgit lagi apabila menjualnya di bawah nilai pasaran semasa.

"Didapati beliau (Phang) sewakan banglo itu sebelum ini dengan harga RM5,000 sebulan, tapi kita dapati beliau sendiri bayar ansuran bank RM11,000 lebih sebulan untuk rumah itu.

"Di sini kita lihat Phang alami kerugian lebih RM6,000 sebulan, jadi kita minta polis siasat, Phang sebelum ini kata tidak ada kepentingan dengan kerajaan negeri tapi kenapa sanggup alami kerugian kalau tiada kepentingan?" katanya.

Sehubungan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani, Georgetown bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap Phang Li Koon, pemilik asal banglo di Jalan Pinhorn itu.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri Pulau Pinang pula membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dimulakan terhadap Presiden Gerakan Merah Mohd Ali Baharom, beberapa pemimpin MCA, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (myPPP) berhubung penganjuran perhimpunan di Taman Manggis, Georgetown, Jumaat lalu.

"Pada perhimpunan itu, ada pihak tertentu buat kenyataan bahawa Ketua Menteri Lim Guan Eng merampas hak dan peluang orang miskin di Pulau Pinang dan tidak meneruskan projek perumahan rakyat (PPR) Taman Manggis.

"Kami mohon polis siasat perkara ini di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967, Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 499 Kanun Keseksaan," kata Anggota Dewan Undangan Negeri DAP Sri Delima, RSN Rayer selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani, Ahad.

Jumaat lalu hampir 500 rakyat Pulau Pinang mengadakan perhimpunan aman di Taman Manggis, mendesak Ketua Menteri pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau melepaskan jawatan sebagai ketua menteri.

Ia susulan pendedahan Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya di Dewan Rakyat yang mengaitkan skandal penjualan dan penukaran status tanah PPR Taman Manggis dengan pembelian banglo dibawah harga pasaran oleh Setiausaha Agung DAP itu.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL