Pembaharuan BNM Letakkan Malaysia Di Kedudukan Kukuh


Pakatun dan Protun mesti baca ini.

Hari-hari kata ekonomi Malaysia dah teruk sangat sebab Najib dan 1MDB.

Cakap pakar semua tak boleh pakai, yang boleh pakai cakap pakar ekonomi media sosial protun dan pakatun.

Mak cik jual karipap pun malas nak dengar temberang Pakatun dan Protun


Pembaharuan kewangan pelbagai yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengukuhkan institusi kewangan telah meletakkan Malaysia di platform yang kukuh sehingga membolehkan ekonominya kekal stabil meskipun berlaku ketidaktentuan luaran.

"Jika tidak, kita akan sangat mudah terjejas (dengan keadaan yang tidak menentu), seperti kejatuhan harga minyak mentah. Jika kita tidak mempunyai dasar untuk mengukuhkan institusi kewangan kita, maka, kita akan berada dalam keadaan yang amat sukar," kata Gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Oleh itu, Kadar Dasar Semalaman (OPR) semasa pada 3.25 peratus kekal menyokong ekonomi dan terasnya, kata beliau ketika ditanya mengenai keputusan bank pusat mengekalkan kadar itu yang berbeza dengan langkah bank serantau lain seperti Indonesia yang mengurangkan kadar faedah sebanyak dua kali tahun ini.

Kenaikan OPR kali terakhir sebanyak 25 mata asas yang dilaksanakan oleh BNM adalah pada 10 Julai, 2014.

Zeti berkata ekonomi Malaysia masih berkembang dan faktor yang mempengaruhi pertumbuhan semasa tidak kekal lama.

"Kita akan mengharungi tempoh pelarasan bagi satu atau dua tahun atau lebih dan sewajarnya kita mampu untuk meneruskan pertumbuhan kita. Kita mempunyai asas-asas yang penting," katanya kepada pemberita di luar Forum Global Wharton 2016.

Semasa mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari kedua pada Rabu, BNM mengumumkan keadaan kewangan domestik keseluruhannya kekal stabil secara relatifnya sejak mesyuarat sebelum itu yang berlangsung pada Januari.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL