Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 15 Mac 2016 meningkat

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM412.3 bilion (bersamaan dengan USD96.1 bilion) pada 15 Mac 2016.Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek[1].

Meningkat sebanyak RM1.7 billion berbanding 29 Februari 2016 berjumlah RM410.5 bilion 


[1]Merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, yang termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana bertajuk 'Definisi Semula Hutang Luar Negeri' dalam Buletin Suku Tahunan Mengenai Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Pertama 2014.

Lihat juga: Penyata Aset & Liabiliti BNM pada 15 Mac 2016

 
Bank Negara Malaysia
22 Mac 2016
 

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL