Helikopter hilang: Operasi mencari, menyelamat dilaksanakan - Wee Ka Siong




Helikopter hilang: Operasi mencari, menyelamat dilaksanakan - Wee Ka Siong

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160694/

MENTERI Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengesahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan bagi mengesan sebuah helikopter jenis Eurocopter yang terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Selangor pada tengah hari, Ahad

Beliau berkata demikian susulan pemakluman oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) yang menjelaskan helikopter berkenaan sepatutnya mendarat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak pada jam 12.37 tengah hari selepas berlepas pada jam 11.37 pagi.

Menurutnya, helikopter yang dimiliki oleh sebuah syarikat dikhuatiri hilang pada jam 12.16 tengah hari oleh Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur di sebuah lokasi berhampiran Bidor, Perak.

"Pihak CAAM akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai kejadian ini dan operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan di lokasi yang dikenal pasti.

"Kita lakukan usaha terbaik untuk melakukan kerja-kerja pencarian, yang penting kita dapat kerjasama daripada polis dan kerah agensi berkaitan membantu mencari helikopter tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Stesen KTM Ipoh, di sini pada Ahad.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL