MARIA CHIN DITAHAN DIBAWAH SOSMA: MENGAPA PEGUAM NEGARA DAN KETUA POLIS MEMBISU?
Sangat luar biasa mengapa Maria Chin dikenakan tahanan SOSMA sedangkan semua orang lain yang ditahan sudah keluar.
Kemungkinan
ia adalah disebabkan oleh siasatan berkaitan dokumen DC Leaks dimana
OSF milik Soros 'mendakwa mereka adalah pemacu utama Program di
Malaysia, memainkan peranan penting dalam membawa beratus-ratus ribu
orang turun untuk berhimpun dalam demonstrasi BERSIH dan OSF bukan hanya
sekadar membiayai.
Lanjutan
dari pendedahan DC Leaks, BERSIH dan Majlis Peguam juga mengaku
menerima dana daripada Soros dan juga NDI (di mana dana dari NED adalah
terang-terangan daripada CIA).
Sejarah Maria juga menarik kerana arwah suaminya menyertai PLO sehingga ke tahap menjadi pengawal peribadi Yasser Arafat.
Dan
apabila mereka kembali ke tanah air, mereka telah mengasaskan dua
gerakan NGO dimana ejen CIA mendiang Philip Agee yang telah mendedahkan
sebagaj kerja dalaman CIA.
Harus ingat bahawa siasatan PDRM bermula lebih awal dan apabila polis menyerbu pejabat BERSIH, mereka mengambil dokumen.
Polis
dan Peguam Negara tidak bodoh dan memahami kesan persepsi besar
meletakkan ibu tunggal pertengahan umur dibawah tahanan jika mereka
tidak mempunyai maklumat siasatan yang kukuh dan pendakwaan yang
konkrit.
Walau
bagaimanapun, kita masih menunggu Polis dan Peguam Negara untuk
menjelaskan hasil siasatan mereka dan asas mereka untuk melakukan
penahanan dibawah SOSMA.
Tetapi setakat ini mereka tidak mendedahkan apa-apa dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Mungkin
ia adalah kerana sensitiviti kepada siasatan ini kerana melibatkan
negara luar atau mungkin kerana kesalahan yang serius?
---
Dalam pada itu, di sini ada lagi pendedahan dokumen dalaman OSF:
http://soros.dcleaks.com/download/?f=%2F2015pr%2Fapro+malaysia+program+supporting+free+and+fair+elections+in+malaysia+june+22+2015%2Fapro+malaysia+elections+pr+outcomes+summary+6.2015.docx&t=president
Dalam pada itu, di sini ada lagi pendedahan dokumen dalaman OSF:
http://soros.dcleaks.com/download/?f=%2F2015pr%2Fapro+malaysia+program+supporting+free+and+fair+elections+in+malaysia+june+22+2015%2Fapro+malaysia+elections+pr+outcomes+summary+6.2015.docx&t=president
Diary of ex-CIA officer Philip Agee:
https://leaksource.files.wordpress.com/2014/08/inside-the-company-cia-diary-philip-agee.pdf
https://leaksource.files.wordpress.com/2014/08/inside-the-company-cia-diary-philip-agee.pdf
Philip Agee obituary in the NY Times:
http://www.nytimes.com/2008/01/10/obituaries/10agee.html
http://www.nytimes.com/2008/01/10/obituaries/10agee.html
MENGENALI SIAPA MARIA CHIN SEBENARNYA
Maria Chin Abdullah (Mary Chin Cheen Lian)
Maria Chin berkenalan dengan Yunus Lebai Ali di London pada tahun 1979 dan berkahwin.
Yunus
Lebai Ali dan Hishamuddin Rais adalah aktivis berfahaman sosialis
Universiti Malaya pada tahun 1970-an yang sama-sama melarikan diri ke
luar negara kerana takut ditangkap polis.
Maria
Chin dan Yunus pulang ke Malaysia sekitar akhir tahun 1980-an dan
terlibat dengan NGO dinamakan NIEI (National Institute for Electoral
Integrity). NIEI dan MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections)
ditaja oleh Asia Foundation merupakan jaringan NAMFREL (The National
Citizens' Movement for Free Elections) dan ANFREL (Asian Network for
Free and Fair Elections).
Bekas pegawai CIA, Philip Agee mendedahkan NAMFREL dan ANFREL adalah 'tool CIA' bertopeng di sebalik slogan 'kuasa rakyat'.
Modus Operandi CIA kini telah diambil alih oleh badan baharu yang dinamakan NED (National Endowment For Democracy).
Maria
Chin juga terlibat dalam NGO-NGO hak asasi manusia dan feminisme yang
pro LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Antaranya; WDC
(Women Development Collective), EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti
Selangor) dan SIS (Sister In Islam)...antara aktivis SIS adalah MARINA
MAHATHIR...
Ternyata beliau bukan orang biasa tapi merupakan seorang yang punyai Latar Belakang yg perlu di teliti lebih lanjut..
ResearchUCCmsia
Comments
Post a Comment