Dua beranak paut tong ikan 11 jam


Dua beranak paut tong ikan 11 jam

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165649

KUALA LANGAT – Dua beranak yang juga nelayan menempuh detik getir apabila berpaut pada penutup tong ikan lebih 11 jam selepas bot mereka karam di sekitar perairan Kuala Langat di sini, semalam.

Kedua-dua lelaki itu dikenali sebagai Asmadi Saiman, 60, dan anaknya, Mohd. Aslan Asmadi, 34, itu berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pukul 2 petang tadi.

Pengarah Maritim Selangor, Kapten Maritim V. Siva Kumar berkata, pihaknya terdahulu menerima maklumat daripada Sistem Pengurusan Pengesanan Kapal (VTMS) di Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) mengenai dua nelayan hanyut yang telah diselamatkan sebuah bot tunda.

“Dua beranak itu keluar dari Jeti Kancung Laut dengan menaiki sebuah bot, kira-kira pukul 5 petang semalam, namun bot mangsa karam akibat dipukul ribut kira-kira pukul 3.15 pagi tadi.

“Mereka yang memakai jaket keselamatan kemudian ditemukan bot tunda dan berpaut pada penutup tong ikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Siva Kumar, dua nelayan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Jeti Kelanang serta diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) bagi pemeriksaan kesihatan.

https://youtube.com/shorts/iqLe5685zjU?feature=share

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL