[VIDEO] Mayat mangsa terakhir ditemui dalam beg tidur, mula mereput


[VIDEO] Mayat mangsa terakhir ditemui dalam beg tidur, mula mereput

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161259

HULU SELANGOR – Penemuan gulungan beg tidur di tebing Sektor A (Hillview) membawa penemuan mayat kanak-kanak lelaki yang juga mangsa terakhir kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, salah seorang pegawai kanan bomba ketika itu mendapati terdapat pergerakan cecair keluar dari tebing bukit itu.

Katanya, penemuan tersebut membuatkan pegawai itu merasakan sesuatu yang ganjil sebelum menggerakkan sepasukan anggota SAR untuk menggali di sekitar tebing itu.

“Hasil tindakan itu, pegawai tersebut menemui segulung beg tidur mempunyai satu mayat kanak-kanak di dalamnya yang berada empat meter dari lereng Sektor A dan kedalaman 1.5 meter.

“Secara keseluruhannya, Mayat ditemui di Sektor A seramai 20 orang diikuti Sektor B (Farmview) 1 mangsa Manakala Sektor C (Riverside) 10 mangsa,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, seramai 80 anggota dikerahkan dalam operasi SAR hari ini yang bermula pukul 8 pagi.

Katanya, mayat mangsa terakhir yang juga kanak-kanak lelaki itu ditemui sekitar pukul 4.53 petang yang jaraknya satu meter dari tebing Sektor A.

“Hasil pemeriksaan mendapati mayat tersebut merupakan kanak-kanak lelaki yang berusiaingkungan 7-12 tahun.

“Mayat tersebut lengkap berpakaian namun keadaan mayat itu sudah mula mereput,” katanya.

Jelas Suffian, mayat tersebut akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan proses pengecaman mayat.

Bagaimanupun, Suffian berkata, Operasi SAR akan diteruskan di lokasi kejadian bagi proses siasatan terperinci di lokasi kejadian.

“Ribuan terima kasih buat semua agensi yang terlibat termasuk semua rakyat Malaysia yang memberi sokongan secara langsung dan tidak langsung dalam tragedi ini.

“Walaupun kita percaya semua mangsa sudah dijumpai, Operasi SAR masih diteruskan bagi memastikan siasatan di tempat kejadian dapat dilakukan, keputusan itu akan dimaklumkan esok,” katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma