[VIDEO] Malaysia sedia bantu SAR anak kapal perang Thailand


[VIDEO] Malaysia sedia bantu SAR anak kapal perang Thailand

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161227

Kementerian Pertahanan bersedia menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekiranya Thailand memerlukan bantuan selepas kapal HTMS Sukhothai karam ketika ribut di Teluk Thailand, Ahad lalu.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kementerian melalui Panglima Tentera Laut sudah menghubungi rakan sejawatnya di Thailand untuk menawarkan bantuan berkenaan.

Beliau berkata, pasukan SAR itu juga sedia diatur gerak pada bila-bila masa jika diperlukan.

"Kementerian melalui Panglima Tentera Laut telah pun menghubunginya dan juga mempelawa sekiranya ada apa-apa keperluan yang boleh kami bantu.

"Kita juga ada menghubungi Penasihat Pertahanan Negara Thailand di Kuala Lumpur (bertanya jika ada) apa-apa yang perlu kami bantu. Kami bersedia tetapi mereka mengatakan buat ketika ini, mereka dalam keadaan terkawal dan boleh menguruskannya sendiri.

https://www.instagram.com/reel/Cmg8ODWI5JH/?utm_source=ig_web_copy_link

"Tapi kita bersedia pada bila-bila masa untuk membantu rakan kita yang mengalami bencana kapal perang mereka tenggelam… 'Press the button and we will be there'," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Peradong, Manir, di sini, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL