Letupan Gas: Kakitangan cedera, bangunan hotel The Canal Ratchaburi ranap


Letupan Gas: Kakitangan cedera, bangunan hotel The Canal Ratchaburi ranap

BACA seterusnya: https://pakdin.my/166001

RATCHABURI: Letupan gas memasak mencederakan empat orang dan menyebabkan kerosakan besar di sebuah hotel di daerah Muang.

Letupan berlaku di hotel The Canal Ratchaburi, yang mempunyai 31 bilik, di tambon Huai Phai kira-kira 9.30 pagi.

Letupan itu meranapkan bahagian hadapan bangunan dua tingkat di kawasan hadapan hotel.

Pegawai berkata, tiga wanita dan seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Ratchaburi kerana melecur teruk dan cedera akibat serpihan

Mereka berkata bangunan itu digunakan sebagai tempat acara majlis. Di percayai pekerja terlupa menutup injap silinder gas memasak 45 kilogram, yang kemudiannya meletup.

Comments

Popular posts from this blog

🎦 'Now And Then', lagu terakhir The Beatles

DUA MAUT NAHAS 14 KENDERAAN DEKAT LEMBAH BERINGIN

CINA MENGGUNAKAN UNDI MEREKA UNTUK MENGAJAR DAP PENGAJARAN