Portal Rasmi Halal Malaysia beroperasi semula Rabu


Portal Rasmi Halal Malaysia beroperasi semula Rabu


Portal Rasmi Halal Malaysia mula beroperasi kembali pada Rabu setelah tindakan pembaikan selesai dilakukan susulan pencerobohan yang dikesan pada 9 Disember lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff berkata beliau telah mengarahkan pasukan teknikal teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) jabatan itu menjalankan siasatan dan menyediakan laporan menyeluruh berhubung perkara itu.

"… ini termasuk mencadangkan langkah-langkah proaktif ke arah meningkatkan ciri keselamatan portal supaya isu sama tidak berulang pada masa hadapan. Insiden pencerobohan yang berlaku ini tidak menyebabkan sebarang data tertiris.

"Saya sudah mengarahkan pasukan teknikal ICT Jakim mengambil langkah proaktif untuk mengemas kini lohong gelung yang mungkin boleh menjadi ruang untuk penggodam menceroboh kembali ke dalam Portal Rasmi Halal Malaysia," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga memaklumkan proses penyiapan infrastruktur baharu iaitu pelayan, sistem operasi dan aplikasi yang akan dinaik taraf ke versi terkini dijangka siap sebelum Januari 2024.

Kenyataan itu turut memaklumkan jabatan berkenaan menyedari kerisauan pengguna mengenai ciri-ciri keselamatan sedia ada di Portal Halal Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Majlis Raja-Raja isytihar Sultan Johor, Yang di-Pertuan Agong ke-17

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma