[VIDEO] Penduduk panik banjir lahar dari Gunung Semeru


[VIDEO] Penduduk panik banjir lahar dari Gunung Semeru

JAKARTA – Penduduk setempat melarikan diri apabila banjir bercampur lahar sejuk dari Gunung Semeru melimpah ke jalan raya dan memusnahkan jambatan di daerah Lumajang dalam wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Detik.

Orang ramai melarikan diri apabila banjir bercampur lahar sejuk itu menenggelamkan sawah padi mereka.

Sebahagian penduduk melarikan diri dengan menaiki motosikal, namun seorang lelaki terpaksa meninggalkan motosikalnya di tepi jalan kerana kesuntukan masa.

Beberapa tiang lampu di kawasan itu juga dilaporkan tumbang.

Tiga jambatan penghubung kampung di sekitar lereng Gunung Semeru itu ditenggelami banjir.

https://youtu.be/uflE6uzGEL8

Ketua Kecemasan dan Logistik Jawa Timur, Satrio Suseno berkata, banjir itu menjejaskan Kampung Tumpeng, Kampung Sidomulyo  dan Kampung Sumberwuluh.

Banjir bercampur lahar sejuk itu berpunca daripada kekerapan hujan di lereng Gunung Semeru sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan. – Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL