[VIDEO] Warga emas OKU rentung dalam kebakaran di Pulau Pinang


[VIDEO] Warga emas OKU rentung dalam kebakaran di Pulau Pinang

Baca seterusnya di: pakdin.my/167896

AYER ITAM - Seorang lelaki warga emas maut dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Pisang, Ayer Itam, Pulau Pinang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Mohd Shakir Abdullah berkata mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) itu ditemukan rentung di dalam salah sebuah rumah yang terbakar.

Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari BBP Paya Terubong bergegas ke lokasi kejadian.

"Kebakaran membabitkan dua unit rumah dengan keluasan 2,000 kaki persegi.

"Pihak bomba menemukan mangsa dalam keadaaan rentung bersebelahan katil.


"Rumah berkenaan terbakar hampir 90 peratus.

"Api berjaya dikawal pada pukul 4.28 pagi," kata Mohd Shakir menerusi kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL