[Video] Lembah Klang, Selangor dan Perak dilanda banjir kilat


[Video] Lembah Klang, Selangor dan Perak dilanda banjir kilat

Selanjutnya di: https://pakdin.my/155942 -

Banjir kilat dilaporkan melanda beberapa kawasan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur, berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial.

Perkara itu berlaku selepas hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan beberapa jalan utama mula dinaiki air.

Antaranya Jalan Kuchai Lama dan Sungai Besi, sehingga beberapa kenderaan dilihat ditenggelami air di tengah-tengah jalan serta menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.

Banjir turut melanda di Jalan Persekutuan, apabila dilaporkan kenderaan terpaksa membuat pusingan-U kerana paras air yang tinggi.

Selain itu, air di Sungai Klang didapati melimpah sehingga di hadapan Masjid Jamek, Jalan India turut dinaiki air, malah jalan menuju ke Pudu juga dinaiki air.

Lebuhraya Bukit Jalil dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dilaporkan terjejas teruk dengan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.

Di Selangor pula, di Dianggarkan lebih 50 rumah terkesan susulan beberapa kawasan di Selangor dilanda banjir kilat selepas hujan lebat yang turun sekitar 3 petang tadi.

"Antara kawasan yang terjejas setakat ini adalah Kampung Gombak, Kuang, Kampung Melayu Sungai Buloh, Kampung Melayu Kundang (Batu Arang) dan Kampung Melayu Sungai Serai (Batu Arang).

"Turut terjejas banjir kilat adalah beberapa kawasan di Kapar iaitu pekan Kapar, Persiaran Hamzah Alang, Jalan Teratai, Taman Meru Daya, Jalan Sesenduk Meru, Jalan Cempaka dan Jalan Paip.

Tinjauan di Tanjung Malim, Perak pula mendapati berlaku banjir kilat sehingga memenuhi jalan utama di Taman Bernam.

 

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL