Menteri, timbalan menteri UMNO adakan pertemuan?


Menteri, timbalan menteri UMNO adakan pertemuan?

Sumber: https://pakdin.my/157564  -

Beberapa menteri dan timbalan menteri daripada UMNO dilihat mengadakan pertemuan di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut tujuan pertemuan itu dan mereka akan menghadiri Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini, selepas ini.

Pergerakan keluar masuk menteri dan timbalan dapat dilihat sejak awal pagi tadi. Antara yang dilihat memasuki pintu masuk hotel berkenaan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, yang tiba pada jam 8.45 pagi serta Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, pada jam 9.37 pagi.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL