MoU PH-kerajaan hanya untungkan Anwar, kata pemimpin Pejuang


MoU PH-kerajaan hanya untungkan Anwar, kata pemimpin Pejuang

Selanjutnya di: https://pakdin.my/157486 -

Hanya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendapat manfaat daripada memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani Pakatan Harapan dengan Putrajaya, kata seorang pemimpin Pejuang.

Timbalan Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan pada sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini, seperti yang dipersetujui dalam MoU itu, hanyalah janji manis kerajaan.

“Nampaknya MoU antara PH dan kerajaan persekutuan ini hanyalah sia-sia, di mana PH dengan mudah termakan janji manis kerajaan persekutuan.

“Yang lebih penting, hanya Anwar selaku ketua pembangkang bertaraf menteri memperoleh untung daripada MoU ini, bukannya rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain mendapat status bertaraf menteri, Anwar turut menerima keistimewaan tertentu sebagai ketua pembangkang, susulan MoU yang dimeterai September lalu selepas Ismail Sabri Yaakob mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Walaupun terdapat beberapa perkara dalam MoU itu sudah dilaksanakan, PH mengugut akan menarik diri daripada perjanjian itu jika RUU Anti Lompat Parti tidak dibentang dan diluluskan Parlimen pada sidang pertama kali ini, yang akan berakhir esok.

Pada 18 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Kabinet memutuskan RUU itu memerlukan “penelitian lanjut” melalui sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan lain, bagi memastikan ia mendapat sokongan di Dewan Rakyat.

Antara langkah dicadangkan PH dalam MoU itu yang sudah dilaksanakan ialah menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, pendaftaran pengundi secara automatik dan tambahan RM45 bilion untuk dana Covid-19.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL