[VIDEO] Dua lemas, seorang hilang mandi di Pantai Bagan Lalang


[VIDEO] Dua lemas, seorang hilang mandi di Pantai Bagan Lalang


SEPANG – Dua kanak-kanak ditemui lemas manakala seorang lelaki dilaporkan masih hilang selepas mandi di Pantai Bagan Lalang di sini tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, mangsa lemas merupakan dua beradik masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun.

Difahamkan, lelaki masih hilang itu berusia lingkungan 30an dan merupakan orang awam yang cuba membantu menyelamatkan dua kanak-kanak berkenaan.

Sumber berkata, mangsa pertama adalah kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang ditemui lemas oleh nelayan, manakala mangsa kedua pula ditemui selepas timbul dipermukaan air setengah jam kemudian.

“Mangsa pertama ditemui pukul 2.30 petang dan mangsa kedua sekitar 3 petang. Kedua-dua mangsa dinaikkan oleh nelayan dan orang awam yang berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md. Noor Aehwan Mohammad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan usaha kini sedang dijalankan bagi mencari seorang lagi mangsa.

“Usaha menyelamat sedang dijalankan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang,” katanya.

https://youtube.com/shorts/TN7EFXsdPAw?feature=share



Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL