Rasuah: 5 anggota penguat kuasa direman 6 hari


Rasuah: 5 anggota penguat kuasa direman 6 hari

BACA di: pakdin.my/167437

ALOR SETAR: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan di negeri ini, antara 2018 hingga 2021.

Perintah reman terhadap kesemua mereka dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor di Kompleks Mahkamah Alor Setar.

Terdahulu, kesemua individu terbabit tiba di perkarangan mahkamah jam 8.30 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lima individu terbabit antara sembilan penguat kuasa yang ditahan SPRM semalam, kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan dan 'runner' antara 2018 hingga 2021.

Semua anggota penguat kuasa itu disyaki menerima rasuah terbabit sebagai balasan bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bot-bot nelayan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Turut ditahan semalam, ialah dua orang awam yang dipercayai memberi rasuah RM300 hingga RM7,000 kepada sembilan anggota penguat kuasa terbabit yang berkhidmat di Kuala Kedah, Batu Uban dan Langkawi.

Kesemua 11 individu berusia 30-an hingga 50-an itu ditahan antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Alor Setar.

Selain lima penguat kuasa yang direman hari ini, individu lain, termasuk dua orang awam yang ditahan, sudah dilepaskan atas jaminan SPRM selepas keterangan mereka diambil.

Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL