Apa kaitan kluster mahkamah dengan #PRNJohor, soal Noh Omar


Apa kaitan kluster mahkamah dengan #PRNJohor, soal Noh Omar

[Sumber: https://pakdin.my/?p=154857]

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tan Sri Noh Omar berkata, kes mahkamah yang melibatkan pemimpin UMNO masih berjalan dan tiada satu kes pun ditutup, walaupun jawatan Perdana Menteri kini disandang parti itu.

“Apa kaitan kluster mahkamah dengan PRN (Johor), tiada kaitan pun…dah tiada modalkah? Nak kata kluster mahkamah (tetapi) kes ini (masih) berjalan di mahkamah, bukan ada campur tangan politik.

“Tak lah macam PH (Pakatan Harapan) memerintah dulu, bila kes Lim Guan Eng tengah berjalan, dia boleh batalkan. Bila kes itu digugurkan, kita tiada pun (nak serang),” katanya selepas melancarkan Sambutan 100 Tahun Koperasi di sini.

Memetik laportan FMT, sebelum ini Muhyiddin mendakwa satu-satunya cara untuk menghalang “kluster mahkamah” daripada kembali berkuasa ialah mengalahkan BN pada PRN Johor.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Ketua Umno Selangor berkata, Muhyiddin tiada hak menghalang mana-mana pemimpin Umno turun berkempen di Johor, melainkan Bersatu sendiri takut dengan bayang-bayang pemimpin Umno, khususnya Najib.

“Kalau kata Najib atau (Presiden Umno Ahmad) Zahid (Hamidi) nak turun berkempen apa salahnya? Semua orang boleh turun berkempen…ke sebab mereka takut, sebab kalau Najib turun di Melaka dulu, lebih tinggi orang nak sokong Umno,” katanya.

Beliau juga menolak dakwaan PRN Johor mempunyai kaitan dengan “kluster mahkamah”.

“Bagi saya tiada kena-mengena. Sebab kita lihat keadaan di Johor itu lebih satu kerusi saja. Itu saja. Tiada kaitan dengan kluster mahkamah.

“Kalau kata kluster mahkamah gunakan politik untuk kepentingan diri, saya ingat ini fitnah dan tuduhan bagi orang yang tiada modal untuk berpolitik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL