[Video] Lelaki OKU ditahan curi pakaian dalam pelajar universiti


[Video] Lelaki OKU ditahan curi pakaian dalam pelajar universiti 

Baca seterusnya di: pakdin.my/155206

KUALA NERUS: Polis menahan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran selepas disyaki mencuri pakaian dalam pelajar sebuah universiti awam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan di blok kediaman pelajar perempuan pada pukul 7 malam.

Katanya, perbuatan suspek disedari penghuni asrama yang curiga melihatnya berlegar-legar di luar asrama sebelum memaklumkan kepada polis

“Sepasukan polis segera ke lokasi dan menahan suspek yang masih berada di kawasan kolej kediaman itu.

“Siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau dan kini direman empat hari hingga Jumaat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Abdul Rahim, hasil ujian saringan air kencing suspek adalah negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 serta Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menceroboh.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL