Warga emas maut ketika luncur udara


Warga emas maut ketika luncur udara

BACA seterusnya: https://pakdin.my/166061

BACHOK: Keseronokan dua warga emas menikmati aktiviti luncur udara (paragliding) bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia akibat lemas, petang tadi.

Dalam kejadian jam 6.50 petang, mangsa, berusia 60 tahun meninggal dunia manakala rakannya, yang juga pengendali berusia 77 tahun terselamat selepas mereka terjatuh ke dalam laut di Pantai Irama, di sini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bachok, Leftenan (PA) Mohd Khairi Mat Hussin berkata, kedua mangsa dipercayai rakan sekampung.

Katanya, mereka dipercayai terjatuh dan lemas dalam jarak kira-kira 120 meter dari menara APM di pantai berkenaan.

"Sebelum kejadian, anggota yang berada di menara, terlihat alatan luncur yang dinaiki mereka seperti mengalami masalah sebelum keduanya jatuh ke dalam laut.

"Anggota kami seramai enam orang terus bergegas dan sempat menyelamatkan salah seorang mangsa," katanya ketika dihubungi.

Mohd Khairi berkata, bagaimanapun salah seorang lagi mangsa, yang berusia 60 yang juga penumpang tenggelam dan dijumpai dalam kedalaman kira-kira tiga meter.

Katanya, mayat mangsa yang lemas diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, maklumat lanjut berhubung kejadian akan dimaklumkan kemudian.

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL