[Video] Masjid Mahmoodi di Bachok Terbakar


[Video] Masjid Mahmoodi di Bachok Terbakar

Selanjutnya di: https://pakdin.my/159176 

Masjid Mahmoodi yang terletak berhampiran Pantai Irama di Bachok Kelantan mengalami kebakaran.

Menurut sumber dari orang awam kejadian berlaku sejurus jemaah selesai solah Isyak berjemaah di masjid tersebut.

Ketika kejadian masih terdapat ramai jemaah yang masih berada di masjid, namun kesemua jemaah berjaya keluar dari masjid dengan selamat.

Pasukan Bomba dan Penyelamat dilihat sudah tiba di lokasi kejadian untuk kerja kerja memadam dan mengawal kebakaran yang berlaku.

Difahamkan kebakaran berpunca dari bilik Bilal melaungkan azan dipercayai berkemungkinan akibat litar pintas. Namun begitu punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan.

Berita mengenai kebakaran tersebut disebarkan oleh orang ramai melalui whatsapp dan turut dikongsikan di media sosial yang lain.

Masjid Mahmoodi merupakan sebuah masjid yang terletak di daerah Perupok di pinggir bandar Bachok dalam negeri Kelantan Darul Naim bukan sahaja menjadi tumpuan buat penduduk setempat malah kepada pengunjung yang berkunjung ke Pantai Irama.





Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL