UMNO ambil keputusan pecat Isham Jalil


UMNO ambil keputusan pecat Isham Jalil

BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174066

Seorang Ahli Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memberitahu media bahawa parti itu mengambil keputusan untuk memecat Ishal Jalil.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MKT yang diadakan di Menara Dato’ Onn, malam ini.

“Dia (Isham Jalil) dipecat,” kata ahli MKT yang turun di pekarangan lobi Menara Dato’ Onn.

Beliau bagaimanapun enggan namanya disebut media.

Dalam pada itu, ahli MKT berkenaan berkata, Isham dipecat kerana membuat pelbagai kesalahan terhadap parti.

“Kesalahan dia banyak, dia suruh presiden dipecat dan letakkan jawatan. Dia kata UMNO barua dia, dia tak ikut keputusan parti, dia ajak Presiden berdebat secara terbuka.

“Dan ini, saya rasa (mesyuarat) yang keempat dia tidak hadirkan diri,” katanya.

Awal hari ini, Isham dalam satu kenyataan menyifatkan kekalahan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman berpunca daripada pemimpin parti itu yang didakwa terlalu mempertahankan DAP.

Isham turut mendakwa ada segelintir pemimpin UMNO bertindak ‘lebih DAP daripada DAP’, dengan mempromosikan parti itu secara berlebihan sehingga menimbulkan kurang senang dalam kalangan akar umbi. 

Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL